10 Karbohidrat Yang Perlu Dipotong Untuk Kurus

Karbohidrat sering dianggap musuh utama dalam diet. Diet yang baik adalah yang fleksibel dan terdiri daripada pelbagai sumber makanan supaya kita dapat pelbagi manfaat  dari kepelbagian sumber seperti vitamin dan fiber dari buah-buah dan sayur-sayuran dan mineral lain dari beras, gandum dan susu. Tetapi masyarakat kita masih keliru makanan yang perlu dikurangkan untuk menurunkan berat dan menjaga kesihatan. Berikut adalah makanan yang perlu dikurangkan pengambilan.

Kursus Kecergasan 2025

1- Air manis

  • Frappe/ blended/shake
  • Minuman bikarbonat
  • Minuman boba
  • Teh o/teh tarik
  • Nescafe/Kopi
  • Milo/coklat
  • 3 dalam 1
  • Sirap/oren
  • Ais krim

2- Kuih-muih

Segala jenis kuih-muih

  • Contoh: karipap, keria, ketayap, seri muka, bingka, kuih talam, kuih lapis, koci, cek mek, onde-onde, kuih cara, badak berendam, lepat, pau, samosa, tepung bungkus, badak berendam, puteri mandi, akok, tepung pelita, pulut panggang, puding, agar-agar dan sebagainya.

3- Makanan bergoreng

  • Pisang/cempedak goreng
  • keledek/ubi goreng
  • Keropok lekor
  • Keropok
  • Cucur bilis
  • Jemput pisang
  • Cakoi
  • Popia goreng

4- Makanan segera

  • Mi segera/ramen
  • Piza
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Jejari kentang

Makanan terproses tinggi

6- Kek

  • Kek krim
  • Kek marble
  • Kek pisang
  • Kek keju
  • Kek coklat
  • Kek lapis
  • Kek keju leleh
  • Brownie
  • Krepe

7- Biskut

  • Biskut 4 segi
  • Biskut jagung
  • Biskut tawar
  • Biskut krim
  • Biskut coklat cip
  • Biskut kelapa
  • Biskut oat
  • Biskut raya

8- Donut

9- Kerepek

10- Gula-gula dan coklat

KESIMPULAN

Kebanyakan makanan dan minuman dalam senarai tinggi kalori serta mengandungi tinggi gula,  susu pekat atau high fructose corn syrup. Terdapat juga makanan yang tinggi lemak atau hydrogenated oil. Makanan-makanan ini masih boleh diambil pada kuantiti dan kekerapan yang sangat minima.

Potong yang paling penting adalah POTONG KALORI

JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

 

KESIMPULAN

  1. Practical Strategies to Help Reduce Added Sugars Consumption to Support Glycemic and Weight Management Goals, PMID: 33551553
  2. “Cutting Down on Sugar” by Non-Dieting Young Women: An Impact on Diet Quality on Weekdays and the Weekend, PMID: 30304771

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: