Elak Bau Tidak Menyenangkan Ketika Bersenam

Anda rasa tidak selesa dengan bau badan anda ketika bersenam atau anda risau bau anda mengganggu orang lain. Molekul berbau meruap yang dikeluarkan dari permukaan kulit kebanyakannya berasal daripada peluh, yang merupakan hasil daripada rembesan kelenjar peluh. Peluh adalah proses semulajadi dan penting untuk tubuh. Semasa latihan fizikal, badan menggunakan tenaga dan akan menghasilkan haba. Untuk mengekalkan suhu badan, kalenjar peluh akan diaktifkan serta berfungsi sebagai termoregulator, iaitu mengeluarkan haba berlebihan untuk mengelakkan hipertermia. Peluh apokrin tidak berbau dan ia hanya menjadi berbau selepas dipecahkan oleh mikroorganisma.

 

Kursus Kecergasan 2024

Punca Badan berbau

1- Perubahan dan keseimbangan hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan bau badan terutama mereka yang sedang mengalami perubahan fasa seperti dari kanak-kanak kepada remaja.

2 – Diet atau pola pemakanan

Makanan tertentu seperti bawang, bawang putih, makanan pedas, dan alkohol, dapat mempengaruhi bau peluh dan membuatnya berbau lebih kuat.

3 – Bakteria

Peluh tidak berbau dan ia hanya menjadi berbau selepas dipecahkan oleh mikroorganisma yang mendiami permukaan kulit seperti Micrococcaceae, Difteroid  dan Propionibacteria menghasilkan bau yang tidak sedap.

Bacteria present on the pore of apocrine sweat glands.

Kehadiran bakteria pada kalenjar apokrin

 

4 – Genetik

Bau badan banyak terjadi kepada masyarakat Asia atau Amerika, lebih kerap terjadi kepada lelaki berbanding perempuan kerana jumlah kelenjar peluh apokrin lebih banyak.

5 – Perubahan metabolik

Kemungkinan ada isu atau masalah kesihatan  atau gangguan metabolik tertentu seperti hiperhidrosis (peluh berlebihan), bersenam berlebihan, masalah buah pinggang  Selain itu, infeksi atau penyakit kulit juga dapat menyebabkan bau yang tidak sedap.

 

Cara berbau wangi ketika di gym

1- Jaga kebersihan diri

Mandi dengan lebih kerap seperti sebelum bersenam dan sebelum balik dari gym. Pakaian bersih juga perlu kerap ditukar, baju yang dipakai berulang kali menyebabkan pengumpulan bakteria, ini termasuk stokin dan tuala.

2- Pakai pakaian yang bersesuai

Pilih kemeja-t yang nipis, serap peluh dan cepat kering seperti kain kapas atau dryfit. Elakkan pakai pakaian berlapis-lapis atau pakai baju sejuk. Pakaian penting untuk beri peluh keluar sambil menghalang bakteria daripada terperangkap dalam kain, yang boleh menyebabkan bau busuk.

3- Jaga pemakanan

Kurangkan makanan yang agak berempah dan banyak bawang. Pilihan yang baik adalah sedikit bersih seperti ayam bakar, panggang atau kukus.

4- Pakai deodorant dan minyak wangi ringan

Adalah penting untuk berbau harum apabila anda bersenam dan memastikan bahawa anda berbau segar dan bersih anda perlu menggunakan deodorant dan minyak wangi atau cologne. Pilih wangian tahan lama tanpa terlalu kuat atau terlalu ringan.

5- Sentiasa lap peluh

Bawa tuala dan sentiasa lap peluh, jika terlupa untuk bawa, boleh minta di kaunter, kebanyakan gim menyediakan tuala.

Kesimpulan

Matlamat utama bersenam adalah untuk berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat. Tetapi apabila anda berbau busuk akibat berpeluh, keyakinan anda juga terjejas. Gangguan berpeluh boleh mempunyai implikasi emosi, sosial dan profesional. Berbau dengan menyenangkan juga sangat penting jika anda seorang jurulatih.

RUJUKAN

  1. Anatomy, Skin Sweat Glands, PMID: 29489179

  2. Sweat and odor in sportswear – A review, PMID: 37534139

  3. Microbiota and Malodor—Etiology and Management, PMID: 32326126
Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: