Kesan De-loading Terhadap Kesihatan Mental
Jom baca artikel kali ini akan membahas mengenai kesan de-loading terhadap kesihatan mental manusia yang merupakan Siri ke-3 dalam artikel kami yang membahas mengenai de-loading dalam latihan atau senaman.
Aktiviti fizikal atau senaman memberi kesan yang positif terhadap kesihatan mental kita. Namun, sama seperti otot rangka, minda kita juga memerlukan rehat dari senaman atau latihan beban yang memenatkan atau intensity yang tinggi. Tugas fizikal, seperti senaman, boleh menyebabkan lebih banyak keletihan mental daripada tugas kognitif, dan tidak mendapat rehat yang optimal boleh menyebabkan penurunan kawalan motor, motivasi dan fokus. (1)
Keletihan mental ditakrifkan sebagai “keadaan kewaspadaan mental yang berkurangan yang menjejaskan prestasi”. Ia dipercayai wujud dalam sistem saraf dan mempengaruhi aktiviti mental individu tertentu seperti motivasi dan fokus. (2)
Bukan itu sahaja, malahan keletihan mental juga sering berlaku apabila mengerjakan tugas yang menuntut secara kognitif untuk tempoh masa yang berpanjangan dan menyebabkan kesukaran untuk orang ramai mengekalkan prestasi tugas pada tahap yang mencukupi. (3)
Mengambil rehat dari senaman selama seminggu untuk menghilangkan tekanan badan dan minda boleh membantu kita meningkatkan fungsi kognisi harian, yang mungkin telah dihalang oleh terlalu banyak bersenam atau overtraining.(1)
Berdasarkan 3 seri artikel de load ini, boleh disimpulkan bahawa de load dianggap sebagai intervensi yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko latihan berlebihan dan mempercepatkan pemulihan. Tambahan, program latihan kekuatan atau hipertrofi yang effektif harus menekankan penyesuaian yang optimal sambil mengekalkan kesan permintaan latihan yang berintensiti tinggi mengikut sasaran kita.
Bukan itu sahaja, malahan de load juga memudahkan penyesuaian fisiologi yang bermakna seperti yang telah dipetik oleh kajian oleh Bell et al., “Anda tidak boleh menembak peluru secara berterusan sehingga anda telah mengisi semula pistol anda!”.
Akhirnya sebagai pegawai perubatan, profesional kesihatan awam dan jurulatih kecergasan bertauliah, saya berharap agar artikel yang ditulis berdasarkan literatur berasaskan bukti ini akan memberi manfaat kepada para pembaca sekalian .
- Xu R, Zhang C, He F, Zhao X, Qi H, Zhou P, et al. How physical activities affect mental fatigue based on EEG energy, connectivity, and complexity. Frontiers in neurology. 2018;9:915.
- Shen K-Q, Li X-P, Ong C-J, Shao S-Y, Wilder-Smith EP. EEG-based mental fatigue measurement using multi-class support vector machines with confidence estimate. Clinical neurophysiology. 2008;119(7):1524-33.
- Faber LG, Maurits NM, Lorist MM. Mental fatigue affects visual selective attention. PloS one. 2012;7(10):e48073.


