Mitchell Hooper Merangkul Juara Arnold Classic Strongman 2024
Mitchell Hooper, Juara kategori lelaki
Mitchell Hooper daripada Canada seperti diduga, rangkul gelaran juara buat kali kedua berturut-turut dalam pertandingan Arnold Classic Strongman 2024 di Columbus, Ohio minggu lepas.
Mateusz Kieliszkowski daripada Poland masih berbisa walaupun terpaksa berehat panjang disebabkan kecederaan trisep dan komplikasi daripada pembedahan. Pada tahun 2021, beliau bertanding World’s Ultimate Strongman dan Roguq Invitational, mendapat tempat ke 2 dan 4. Kali ini mendapat tempat kedua dalam Arnold Classic Strongman 2024.
Tempat ketiga, bekas juara World Strongest Man, Tom Stoltman. Selain itu, paling menarik, Thor atau pun Hafthor Bjornssonn daripada Iceland, juga dikenali sebagai The Mountain dah kembali ke sukan Strongman menduduki tempat ke 4.
Ada 2 lagi pemenang WSM sebelum ini di tempat ke 6 dan 8 iaitu Oleksii Novikov dan Martins Licis. Adakah kesemua nama besar ini akan bertanding dalam World Strongest Man tahun ini?
Manakala, Angelica Jardine memenangi Arnold Classic Strongwoman 2024.
Tahniah pada semua atlet!






