Joshua Tewaskan Ngannou di Pusingan Kedua!

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh setiap peminat sukan tinju, iaitu perlawanan antara dua atlet kategori berat, iaitu Anthony Joshua (UK) dan Francis Ngannou (Perancis-Cameroon). Pada Jumaat lepas, dua atlet ini dijadualkan akan berentap di Riyadh, Arab Saudi. Joshua sebagai seorang petinju asli, manakala Ngannou baru saja memasuki gelanggang ini dari UFC. Sebelum ini, dia telah berlawan dengan Tyson Fury dan kalah dengan keputusan juri.
Kali ini, dia pergi dengan lebih jauh, dia berlawan dengan legenda sukan tinju kategori berat, Joshua. Menurut komen-komen peminat di Facebook, Reddit dan sebagainya, ramai yang yakin bahawa Ngannou akan menumpaskan Joshua dengan mudah. Namun, sebaliknya yang terjadi. Kenapa begitu?
Anda peminat sukan seni bela diri? Anda patut baca artikel berikut: Bagaimana Hendak Berlatih Seni Bela Diri Seorang Diri di Rumah?
Sebenarnya, Joshua sudah hampir menewaskan Ngannou di pusingan pertama. Selepas itu, dia benar-benar menghabiskan Ngannou di pusingan kedua menggunakan tumbukan padu dan maut daripada tangan kanannya.
Komen-komen warga maya yang dipetik daripada The Athletic adalah seperti berikut:
Kila H: “Great win, but it’s pretty hilarious to see his manager say there’s no one in the world that can beat him and then in the next sentence show his record has 3 losses on it. Putting down Ngannou that early is no joke though, he’s got a serious chin on him. Now lets see them run it back in MMA.”
Mungkin boleh “dikasihankan” kerana Ngannou asalnya bukan daripada sukan tinju, sebaliknya dari UFC. Dalam sukan tinju, kaki tidak boleh digunakan untuk menyerang dan sebagainya. Maka, sebagai atlet UFC, tinju mengehadkan kebolehannya di gelanggang.
Namun, prestasi Ngannou masuk ke dalam sukan tinju juga memberangsangkan kerana perlawanan dia menentang Fury sebelum ini kalah dengan keputusan juri, bukan dengan ketukan keluar (knockout).
Isaac L: “That’s a perfect night for Joshua. A big knockout, embarrassing Fury and propelling himself back into the world title picture.”
Fury yang hebat itu pun tidak mampu menewaskan Ngannou dengan mudah, tetapi Joshua berjaya berbuat demikian. Ini memberi mesej amaran kepada Fury dan Usyk.
Nampaknya, perjalanan untuk menjadi juara kategori berat kelihatan mencabar!