Jenis-jenis Pre-Workout dan Fungsinya

        Tahukah anda pre-workout juga mempunyai pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai berlainan fungsi. Setiap orang juga perlu memilih pre-workout yang sesuai dengan keperluan mereka sewaktu berlatih dan setiap pre-workout juga mempunyai bahan-bahan yang berbeza yang ramai tidak ketahui. Hari ini kita akan membincangkan jenis-jenis pre-workout yang ada dipasaran dan fungsi-fungsinya.

 

Kursus Kecergasan 2025

 

Jenis-jenis Pre-Workout

  1. Pre-workout tinggi “Pump”

    Pre-workout yang tinggi “Pump” adalah pre-workout yang paling ramai orang gunakan dan biasanya golongan yang memilih pre-workout jenis ini adalah daripada kalangan ahli bini badan. Ianya pre-workout yang mempunyai campuran bahan yang meningkatkan tenaga dan meningkatkan kekuatan dengan sementara. Ini kerana, pre-workout ini mempunyai kandungan “Nitric Oxide” yang tinggi dan dapat memberi efek pump dan membantu meningkatkan kekuatan juga ketika melakukan latihan. Cara “Nitric Oxide” berfungsi ialah, ianya membuka saluran darah supaya lebih banyak oksigen yang masuk dan meningkat peredaran darah juga. Dengan ini, kita akan mendapat efek “Pump” yang diperlukan untuk hypertrofi otot. Ianya juga mempunyai kafein yang sederhana dan bertahan didalam badan selama 3 ke 5 jam.

  2. Pre-workout tinggi “Focus”

    Pre-workout tinggi fokus ialah pre-workout yang tinggi kandungan kafein. Ianya khas untuk seseorang yang membuat latihan yang memerlukan fokus dan tenaga yang tinggi seperti, “Strongman” dan juga “Powerlifter”. Didalam pre-workout jenis ini, ianya bukan sahaja mempunyai kandungan kafein yang tinggi tetapi banyak juga ramuan-ramuan yang lain yang dapat merangsang fokus seperti kafein. Namun ianya mempunyai  kandungan “Nitric Oxide” yang agak kurang jadi tidak sesuai untuk orang yang mengejar efek “Pump”.

  3. Pre-workout “Non-Stim”

    Pre-workout “Non-Stim” ialah pre-workout yang tinggi kandungan “Nitric Oxide” dan tiada kafein langsung didalamnya. Ianya untuk seseorang yang mencari pre-workout yang tidak akan mengganggu tidur mereka dan seseorang yang mahu mengelak daripada mengambil kafein didalam badan mereka tetapi masih mahu efek “Pump” juga. Namun, didalam pre-workout ini masih mengandungi bahan yang dalam meningkatkan fokus seperti kaffein tetapi tidak menjejaskan tidur mereka. Bahan itu dinamakan “Nootropic”.

Jenis-jenis kaffein yang berada didalam pre-workout

  1. “Caffeine Anhydrous”

    Kafein jenis ini adalah bahan utama didalam pre-workout dan biasa dijumpai didalam kebanyakkan pre-workout. Kadar penyerapannya adalah sederhana dan ianya boleh berada didalam badan selama 3 ke 5 jam.

  2. “Di Caffeine Malate”

    Kafein jenis ini selalu dijumpai pada pre-workout yang mempunyai tinggi fokus dan tenaga. Kadar penyerapannya adalah perlahan dan ianya boleh berada didalam badan selama 6 ke 8 jam.

  3. “Caffeine Citrate”

    Kafein ini jarang dijumpai dan biasa yang kafein ini untuk seseorang yang mahukan efek kafein yang segera. Kadar penyerapannya adalah sangat laju dan ianya boleh berada didalam badan 2 ke 3 jam.

  4. “Natural Caffeine”

    Kafein ini adalah kafein yang semula jadi seperti kopi yang kita biasa minum. Efeknya tidak kuat seperti kafein buatan yang ada didalam pre-workout tetapi ianya sesuai untuk seseorang yang mahu intensiti yang kurang pada pre-workoutnya.

 

Bahan-Bahan yang biasa dijumpai didalam pre-workout

  1. L-Citruline

    L-Citruline adalah sejenis amino acids dan tugas utamanya adalah untuk meningkatkan peredaran darah didalam badan. Ianya juga membantu meningkatkan pengambilan oksigen dan pengoksigenan otot.

  2. Beta Alanine

    Beta Alanine membantu meningkatkan fungis vaskular dan mengurangkan tekanan oksidatif. Ianya juga membantu meningkatkan kekuatan ketika mengangkat bebenan.

  3. Betaine Anhydrous

    Betaine Anhydrous membantu badan memproses bahan kimia yang dipanggil homocysteine. Ianya  juga membantu meningkatkan fungsi hati dan pembiakan selular.

  4. Panax Ginseng

    Panax Ginseng membantu meningkatkan pemikiran, kemahiran aritmetik dan masa tindak balas

  5. L-Arginine

    L-Arginine diperlukan untuk membuat protein dan mampu meningkatkan peredaran darah didalam badan.

 

Kesimpulannya, pre-workout bukanlah “supplement” yang wajib diambil tetapi ianya sangat membantu untuk meningkat prestasi semasa berlatih. Selain daripada itu, ianya juga dalam memberi keseronokan dengan efek yang ada semasa melakukan latihan dan mampu meningkat fokus kita supaya dapat memberi seluruh usaha semasa melakukan latihan kita.

 

 

Rujukan

  1. https://www.healthline.com/health/l-citrulline#:~:text=Supplementing%20your%20body%20with%20L,oxygen%20uptake%20and%20muscle%20oxygenation.
  2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/what-does-beta-alanine-do
  3. https://www.healthline.com/nutrition/nitric-oxide-supplements
  4. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9415189/#:~:text=The%20term%20%E2%80%9Cnootropic%E2%80%9D%20was%20first,functions%20are%20impaired%20%5B1%5D.
  5. https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1000/panax-ginseng
Amirul Zubri

Amirul Zubri

Amirul Zubri ialah Jurulatih Kecergasan bertauliah. Beliau mempunyai minat mendalam dalam sukan kekuatan dan bina badan. Harapan beliau dapat memberi ilmu pengetahuan dan motivasi terhadap kepentingan membina otot dan membina kekuatan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: