Kursus Certified Personal Trainer Berjaya Dilaksanakan di Kota Kinabalu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Kursus Certified Personal Trainer (CPT) yang berlangsung pada 8–10 Mei 2026 di Agaras Fitness.

Seramai 8 peserta telah berjaya menyelesaikan kursus intensif selama tiga hari yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam bidang latihan kecergasan profesional termasuk sains senaman, teknik latihan, program design, penilaian klien, coaching methodology serta aplikasi praktikal sebagai seorang Personal Trainer.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat pembelajaran yang sangat baik dalam usaha meningkatkan ilmu serta kemahiran mereka dalam industri kecergasan yang semakin berkembang.

Kursus Kecergasan 2025

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan secara teori, malah turut menekankan latihan praktikal dan aplikasi dunia sebenar bagi membantu melahirkan jurulatih yang lebih kompeten, profesional dan berkualiti.

Semoga semua graduan CPT kali ini terus maju, memberi inspirasi kepada masyarakat serta membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan, kecergasan dan prestasi yang lebih baik.

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan Certified Personal Trainer Batch Mei 2026 di Agaras Fitness Penampang!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: