Acah Acah Diet Tapi Jadi Ke Itu?
1. “Kalau saya diet, berapa hari boleh cheat day?” Belum mula dah nak menipu.
2. “Diet mula Isnin, hujung minggu ini makan puas-puas”. Betul ke diet wajib mula Isnin?
3. Wajib beli oat dan roti ungu, tapi tak makan pun. Tak sedap katanya.
4. Sering masuk dalam kumpulan, minta tip. Penuh koleksi tip.
5. Salahkan keluarga atau kawan-kawan apabila mula diet. Mak masak sedap. Mak ajak makan. Diri sendiri tak pernah salah sedangkan yang makan diri sendiri.
6. Potong gula. Nasi pun dikatakan gula. Gula berdosa. Tapi makanan lain bedal.
7. Hanya tunjuk gambar makanan diet yang cantik dalam kumpulan diet. Terbabas sorok tepi. Sedar-sedar kelaut.
8. Salahkan nasi menggemukkan, tapi makan roti atau biskut cicah milo berkeping-keping.
9. Menyesal duduk Malaysia sebab makanan sedap. Ingat makanan negara lain tak sedap ke? Negara lain takde obesiti ke?
10. Buat diet intermittent fasting IF, bila boleh makan, makan segala sesuatu.
11. Bawa penimbang ke mana-mana. Timbang setiap jam. Bila tiada perubahan mula putus asa dan salahkan orang lain atau salahkan penimbang rosak.
12. Tak mencari ilmu. Diet ikut logik akal sendiri. Bila tak jadi, bising di kumpulan diet. Bila badan menggelebeh menyesal.
13. Takut makan lepas pukul 7 malam, tapi kuat mengadu kata malam lapar.
14. Nampak makanan sedap, “ala, sesekali takpe”. Siap nasihat orang begitu. Tapi tak sedar kalori berlebihan. Jadi ke badan yang menasihat orang itu?

15. “Sementara sihat ini makan, dah sakit tak boleh makan”. Prinsip mereka.
16. Lepas 4 hari diet, mengadu takde hasil. Minta lagi tip.
17. Badan ambil masa 10 tahun nak gemuk, tapi nak kurus dalam masa 10 minit. Jenis tak sedar diri.
18. Sedih berat tak turun tapi ada penurunan saiz. Hargai setiap hasil yang berlaku. Walaupun hanya turun 100 gram sebulan, mungkin saiz baju dan seluar dah berbeza.
19. Nak kurus, nak cantik tapi malas bersenam. Harapkan diet yang entah betul atau tidak.
20. Diet kena makan salmon, brokoli dan sebagainya. Makanan murah tak pandang.
21. Makan overnight oat, tapi letak macam-macam dalam itu. Sedar tak semua itu ada kalori, atau janji oat dikira sihat.
Adakah anda acah-acah diet?
Entri kali ini inspirasi daripada Sam Abd Rahman.





