Adakah minum air yang banyak boleh membawa maut?

Pada tanggal 4 Ogos tahun ini, kita dikejutkan dengan kematian seorang wanita Amerika berusia 35 tahun yang meninggal selepas teguk 1.8-liter air dalam masa 20 minit. Punca kematian wanita tersebut dilaporkan sebagai ketoksikan atau keracunan air. Artikel kali ini berfokus kepada ketoksikan air dan cara untuk mencegahnya.

Intoksikasi air juga dikenali sebagai keracunan air, hiperhidrasi atau overhidrasi adalah satu kondisi patologik yang berpotensi membawa maut dalam fungsi otak yang diakibatkan oleh keseimbangan abnormal elektrolit dalam tubuh kita yang disebabkan oleh pengambilan air yang berlebihan. Tahukah anda bahawa intoksikasi air dijadikan sebagai kaedah penyeksaan di mana mangsa terpaksa mengambil jumlah air yang berlebihan dan menyebabkan mabuk air. (1)

Air boleh dianggap sebagai racun apabila diambil secara berlebihan dalam tempoh yang singkat. Keracunan air terjadi apabila air diminum dalam kuantiti yang tinggi tanpa pengambilan elektrolit yang mencukupi. (1)
Jika seseorang meminum jumlah air yang sangat banyak, cecair di luar sel mempunyai jumlah zat terlarut yang terlalu rendah berbanding dengan cecair di dalam sel. Zat tersebut adalah seperti zat natrium, pottasium dan elektrolit lain. Keadaan ini menyebabkan cairan bergerak ke dalam sel untuk mengimbangi kepekatan osmotiknya. Ini menyebabkan sel membengkak. Bengkak ini kemudiannya meningkatkan tekanan intrakranial di dalam otak, yang menyebabkan gejala pertama intoksikasi air seperti sakit kepala, perubahan personaliti, perubahan tingkah laku, kekeliruan, kerengsaan, dan mengantuk. (1, 2)

Kursus Kecergasan 2024

Bukan intu sahaja, malahan beberapa gelaja lain intoksikasi air adalah kesukaran bernafas semasa melakukan senaman, kelemahan dan kesakitan otot, berkedut, atau kekejangan, loya, muntah, dahaga, dan keupayaan yang tumpul untuk melihat dan kekurangan fungsi deria. Apabila kondisi ini berterusan, sel-sel dalam otak mungkin membengkak sehingga aliran darah terganggu mengakibatkan edema serebrum. Sel-sel otak yang bengkak juga boleh memberi tekanan pada saraf tunjang otak yang menyebabkan disfungsi sistem saraf pusat. Kedua-dua edema serebrum dan gangguan sistem saraf pusat adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, kerosakan otak, koma atau maut. (1-3)

Selepas membaca artikel ini dan berita kematian wanita akibat intoksikasi air mesti ramai pembaca yang tertanya-tanya mengenai dengan jumlah air yang kita boleh minum sekali gus dengan selamat. Tiada garis panduan rasmi tentang berapa banyak air yang perlu diminum. Untuk mengelakkan intoksikasi air, sesetengah sumber mengesyorkan minum tidak lebih daripada 0.8 hingga 1.0-liter air dalam waktu sejam.(4)

1. Noakes T, Speedy DJBjosm. Case proven: exercise associated hyponatraemia is due to overdrinking. So why did it take 20 years before the original evidence was accepted? 2006;40(7):567-72.
2. Willis L. Fluids & electrolytes made incredibly easy!: Lippincott Williams & Wilkins; 2019.
3. Rowntree LGJAoIM. Water intoxication. 1923;32(2):157-74.
4. Gardner JWJMm. Death by water intoxication. 2002;167(5):432-4.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: