Adakah Perempuan Ada Testosteron?

Bolehkah perempuan hasilkan testosteron jika ianya penting untuk pembinaan otot?
Boleh. Cuma perempuan tiada kilang besar untuk hasilkan testosteron iaitu testis. Akan tetapi, testosteron boleh juga dihasilkan sedikit di ovari, kelenjar adrenal, sel lemak dan kulit. Secara amnya, perempuan hasilkan sekitar 5 hingga 10 peratus daripada lelaki.
Ada juga perempuan dengan masalah estrogen dominance. Estrogennya terlalu tinggi sehingga perempuan sebegini bersifat terlalu feminin. Mereka sukar membina otot dan kebiasaannya lemak tinggi di bahagian lengan, tricep melambai lemak. Ada juga perempuan yang terlalu tinggi testosteron. Mereka lebih bersifat maskulin. Ada kes sehingga senang naik misai dan jambang.
Hormon seks perempuan adalah estradiol, estron, progesteron, testosteron dan androgen lain. Manakala hormon seks lelaki adalah adrostenedione, dehydroepiandrosterone, testosteron, estradiol dan estrogen lain.
Perempuan yang senang bina otot seperti ahli bina badan kebiasaannya menggunakan testosteron sintetik atau pun kita panggil steroid. Perempuan secara semula jadi memang sukar membina otot yang besar. Agak jarang kes perempuan boleh bina otot besar secara semulajadi.