Kesan Peratus Lemak Terlalu Rendah

Semua nak kelihatan ‘lean‘. Nak nampak 6 ketul di perut, nak badan berakar atau berurat. Tapi bagaimana juga terlalu rendah?

Peratus lemak yang terlalu rendah mungkin petanda masalah kesihatan walaupun untuk atlet elit. Ahli bina badan lelaki biasanya lemak di bawah 5 peratus hanya untuk pertandingan dan tidak kekalkan lemak serendah itu untuk off season. Ini adalah kerana lemak juga diperlukan untuk badan berfungsi secara optimum termasuk sistem kardiovasklar, endokrin, pembiakan, rangka dan sistem saraf. Jika kurang, mereka akan celaru atau haywire.

1. Risiko masalah jantung. Apabila peratus lemak terlalu rendah, sistem kardiovaskular mungkin tak berfungsi secara normal. Mengikut 1 kajian pada 2013, apabila ahli bina badan turunkan peratus lemak, kadar dengupan jantung menurun ke 27 seminit. Kadar dengupan yang terlalu rendah dipanggil bradycardia yang akan menyebabkan pening, tumnbang dan serangan jantung. Kekurangan elektrolit juga boleh berlaku. Kalori terlalu rendah boleh menyebabkan cardiac arrhythmias dan kematian mengejut disebabkan kegagalan jantung.

2. Kemerosotan tenaga. Bila lemak terlalu rendah, anda tiada tenaga simpanan. Paras tiroid mula merosot dan akhirnya menjerumus ke keletihan melampau.

3. Rasa sejuk. Anda sentiasa rasa sejuk. Lemak diperlukan untuk regulasi suhu badan dan mempertahankan organ.

4. Bersenam rasa teruk. Selepas 20 minit senaman, anda mula rasa kehabisan tenaga. Prestasi sukan akan merosot.

5. Otot tak pulih daripada latihan. Badan tak dapat cukup nutrisi untuk proses pemulihan. Simpanan glikogen akan habis. Glikogen diperlukan untuk pemulihan.

6. Sentiasa rasa lapar. Diet untuk turunkan peratus lemak mengurangkan penghasilan leptin oleh tisu lemak. Bila leptin menurun, hypothalamus di otak akan menyampaikan signal kelaparan.

7. Paras testosteron merosot. Bila paras leptin terlalu rendah, paras testosteron juga akan merosot. Badan akan sampaikan signal untuk kurangkan penghasilan testosteron. Kajian menunjukkan penurunan paras testosteron daripada 9.22 ke 2.27 ng/mL pada ahli bina badan dalam fasa menyediakan diri untuk bertanding.Kursus Kecergasan 2024

8. Otot jadi lemah. Bila senaman tak dapat dimaksimakan, otot lambat pulih dan testosteron sangat rendah, kekuatan juga akan merosot. Semakin rendah peratus lemak, semakin lemah seseorang itu.

9. Paras sperma merosot dan sukar terangsang. Leptin dan testosteron terlalu rendah akan bawa ke masalah hypogonadotropic hypogonadism atau secondary hypogonadism di mana sistem reproduksi mula ditutup. Nak tegang pun jadi susah untuk lelaki.

10. Selalu sakit. Paras kortisol meningkat dan seterusnya menggangu sistem imunisasi, tambah risiko jangkitan bakteria.

11. Tulang jadi rapuh. Keupayaan badan untuk menyimpan kalsium dan vitamin D mula merosot. Ada kes yang didiagnos osteoporosis untuk atlet.

12. Tiada kehidupan. Anda kena ubah gaya hidup sepenuhnya menyebabkan kurang menikmati kehidupan.

13. Sentiasa dalam keadaan mood tidak baik. Lemak penting dalam fungsi neurologi. Apabila kurang asid lemak, ia akan menyebabkan perubahan mood yang ketara.

14. Hilang fokus. Kurang asid lemak dalam otak menyebabkan kita sukar untuk fokus dan berada dalam keletihan mental.

15. Masalah kulit. Lemak penting untuk kesihatan kulit. Mereka yang nak kelihatan ‘lean’ akan elak makanan yang menyebabkan retensi air dan akhirnya menyebabkan masalah dehidrasi. Kulit menjadi kering dan tidak bermaya.

Rujukan
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23412685/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: