Adakah Semua Steroid Boleh Menyebabkan Osteopenia dan Osteoporosis?

Adakah semua steroid boleh menyebabkan osteopenia dan osteoporosis?

Ketumpatan tulang dan mineral berkurang apabila usia meningkat. Osteopenia adalah kondisi di mana kepadatan tulang lebih rendah berbanding usianya. Osteoporosis adalah kes lebih serius di mana tulang dah terlalu lemah dan berkemungkinan retak atau patah.

Banyak faktor penyebabnya, kenapa ianya bermula. Ia boleh jadi disebabkan sakit seperti;

  • penyakit celiac
  • penyakit keradangan bowel (IBD)
  • BMI di bawah 18.5
  • penyakit endocrine
  • HIV dan AIDS
  • anorexia nervosa

Faktor lain termasuk;

  • kurang vitamin D dan kalsium
  • merokok
  • pengambilan alkohol berlebihan
  • kurang aktiviti fizikal
  • pengambilan steroid

 

Kursus Kecergasan 2021Berbalik pada soalan di atas, adakah semua steroid boleh menyebabkan osteopenia dan osteoporosis?

Tidak. Steroid anabolik dan androgenik sebenarnya boleh melawan masalah ini, manakala corticosteroid boleh melemahkan tulang.

Corticosteroid seperti prednisone, cortisone, triamcinolone, mometasone dan sebagainya bantu dalam banyak penyakit seperti rheumatoid, IBD, multiple sclerosis dan sebagainya. Tapi dalam tempoh yang panjang mengurangkan kesan penyerapan kalsium dan meningkatkan risiko kerapuhan tulang.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: