Kebaikan Senaman terhadap Kesihatan Mental

Tahukah anda yang Malaysia dilaporkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ dengan kadar overweight dan obesiti yang paling tinggi berbanding sembilan negara ASEAN lain. The National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 melaporkan yang 50.1% rakyat Malaysia adalah gemuk (overweight dan obes). Oleh kerana itu, pengubahsuaian gaya hidup boleh menjadi cara yang murah dan mudah untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup.
Pengubahsuaian gaya hidup yang sihat adalah sangat penting terutamanya pada individu yang mempunyai penyakit mental yang serius. Ramai daripada individu ini berisiko tinggi menghidap penyakit kronik yang berkaitan dengan tingkah laku sedentari dan kesan sampingan ubat, termasuk diabetes, hiperlipidemia dan penyakit kardiovaskular.(1, 2) Artikel kali ini berfokus kepada kesihatan mental dan senaman.

Senaman aerobik, termasuk berjoging, berenang, berbasikal, berjalan, berkebun, dan menari terbukti mampu meningkatkan secara positif kesihatan mental. Peningkatan secara positive terhadap kesihatan mental disebabkan oleh peningkatan peredaran darah ke otak oleh senaman dan dipengaruhi pada hypothalamic-pituitary-adrenal axis (HPA) dan kereaktifan fisiologi terhadap tekanan. Pengaruh fisiologi ini mungkin dimediasi oleh komunikasi paksi HPA dengan beberapa kawasan otak, termasuk sistem limbik, yang mengawal motivasi dan mood serta amygdala yang menjana ketakutan sebagai tindak balas terhadap tekanan (stress) dan hippocampus yang memainkan peranan penting dalam pembentukan ingatan serta dalam mood dan motivasi.(3)

 

Bukan itu sahaja, malahan senaman juga mampu meningkatkan kesihatan mental dengan mengurangkan kebimbangan, kemurungan, dan mood negatif serta meningkatkan harga diri dan fungsi kognitif. Senaman juga didapati dapat meredakan gejala seperti rendah harga diri dan penarikan diri sosial.(4)

 

Senaman adalah penting terutamanya pada pesakit skizofrenia kerana pesakit ini sudah terdedah kepada obesiti dan juga kerana risiko penambahan berat badan yang berkaitan dengan rawatan ubat antipsikotik. Pesakit yang menghidap skizofrenia yang mengambil bahagian dalam program penyaman fizikal selama 3 bulan menunjukkan peningkatan dalam kawalan berat badan dan melaporkan peningkatan tahap kecergasan, toleransi senaman, pengurangan tahap tekanan darah, peningkatan tahap tenaga dan peningkatan tahap kekuatan cengkaman bahagian atas badan dan tangan.(5)

 

Kursus Kecergasan 2025

 

Tiga puluh minit senaman intensiti yang sederhana, seperti berjalan selama 3 hari seminggu, sudah memadai untuk manfaat kesihatan mental. Di samping itu, 30 minit ini tidak perlu berterusan kerana tiga kali berjalan kaki selama 10 minit dipercayai sama faedahnya dengan berjalan kaki selama 30 minit.(6) Faedah kesihatan mental yang diperoleh daripada senaman harus dititikberatkan dan diperkukuh oleh setiap individu yang ingin mengekalkan kesihatan mental yang sihat. Antara kebaikan senaman terhadap kesihatan mental adalah seperti yang berikut:(6)

  • Tidur yang lebih baik
  • Peningkatan nafsu seks atau libido
  • Daya tahan sistem imun yang lebih baik
  • Melegakan tekanan (stress)
  • Peningkatan positif terhadap mood
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Mengurangkan keletihan (fatique) yang boleh memudaratkan kesihatan mental
  • Pengurangan berat badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Oleh itu, marilah kita meningkatkan kadar senaman kita dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Peningkatan kadar senaman mampu memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan fisikal, kesihatan mental dan meningkatkan kualiti hidup kita.

 

  1. Chan YY, Lim KK, Lim KH, Teh CH, Kee CC, Cheong SM, et al. Physical activity and overweight/obesity among Malaysian adults: findings from the 2015 National Health and morbidity survey (NHMS). 2017;17(1):1-12.
  2. Richardson CR, Faulkner G, McDevitt J, Skrinar GS, Hutchinson DS, Piette JDJPs. Integrating physical activity into mental health services for persons with serious mental illness. 2005;56(3):324-31.
  3. Guszkowska MJPp. Effects of exercise on anxiety, depression and mood. 2004;38(4):611-20.
  4. Callaghan PJJop, nursing mh. Exercise: a neglected intervention in mental health care? 2004;11(4):476-83.
  5. Fogarty M, Happell B, Pinikahana JJPRJ. The benefits of an exercise program for people with schizophrenia: a pilot study. 2004;28(2):173.
  6. Sharma A, Madaan V, Petty FDJPccttJocp. Exercise for mental health. 2006;8(2):106.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: