Apakah itu detoks dan perlukah kita lakukan detoks?

Produk makanan atau minuman kesihatan yang dijual di pasaran banyak dipasarkan sebagai produk yang membantu dalam detoks badan kita. Artikel kali ini berfokus dalam menjelaskan definisi detoks dan kepentingan detoks untuk tubuh kita. Detoks adalah singkatan daripada proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses penyingkiran fisiologi atau perubatan bahan toksik daripada organisma hidup.

 

Tahukah anda yang hati (liver) merupakan organ dalam tubuh manusia fungsi utamanya adalah untuk mendetoksifikasi tubuh kita. (1)Bukan itu sahaja, malahan proses detoksifikasi dalam bidang perubatan sebagai pengubatan dengan penyahcemaran pengambilan racun atau toksin dan penggunaan antidot serta teknik seperti dialisis atau lebih dikenali sebagai procedur cuci buah pinggang oleh masyarakat umum. Ramai pengamal perubatan alternatif mempromosikan pelbagai jenis detoksifikasi seperti diet detoksifikasi. Menurut kajian, kenyataan para saintis, dokter pakar perubatan dan pengalaman saya sebagai seorang pegawai perubatan, diet atau produk detok membazir waktu dan wang anda. (2)Kursus Kecergasan 2025

 

Saya ingin bertanya kepada para pembaca, kenapakah anda harus mengambil produk detoks? Kan kita mempunyai organ hati. Dalam kes kegagalan buah pinggang, tindakan buah pinggang diambil alih oleh dialisis, pemindahan buah pinggang dan hati juga digunakan untuk kegagalan buah pinggang dan hati. (2)

Walaupun industri supplemen detoks berkembang pesat, terdapat sangat sedikit sahaja bukti klinikal untuk menyokong penggunaan diet atau supplement detox. (3) Pendekatan atau rawatan tertentu dalam perubatan alternatif mendakwa untuk membuang “toksin” dari badan melalui rawatan herba, elektrik atau elektromagnet. Toksin ini tidak ditentukan dan tidak mempunyai asas saintifik dimana kesahihan teknik tersebut dipersoalkan.(3)

Menurut satu ulasan yang dilakukan oleh Klein et al, beberapa kajian mendapati bahawa diet detoks tertentu boleh membantu fungsi hati dan makanan tertentu boleh meningkatkan glutation. Glutation adalah antioksidan yang membantu membuang toksin, seperti logam berat, daripada badan. Walau bagaimanapun, penyelidik menyerlahkan bahawa banyak kajian ini mempunyai kelemahan dalam study design dan hanya melibatkan sebilangan kecil peserta, atau kajian haiwan. (3)

Kesimpulannya, sebagai seorang pengguna yang bijak, saya sarankan orang ramai untuk mencari informasi mengenai produk atau supplement detox yang dipasarkan sebelum anda ingin mencuba produk tersebut. Saya juga sarankan orang ramai untuk mendapat nasihat daripada doktor sebelum mengambil produk-produk supplement atau produk detoks kerana produk detoks ini boleh menpunyai kesan yang negatif terhadap kesihatan manusia.

 

  1. Pal RS, Pal Y, Wal A, Wal PJCN, Science F. Herbal detoxifiers: An eminent need of today. 2020;16(4):424-32.
  2. Liska DJAMR. The detoxification enzyme systems. 1998;3(3):187-98.
  3. Klein A, Kiat HJJohn, dietetics. Detox diets for toxin elimination and weight management: a critical review of the evidence. 2015;28(6):675-86.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: