Anatomi Manusia

Anatomi adalah kajian biologi terhadap struktur badan. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Ia berkait rapat dengan fisiologi iaitu kajian tentang fungsi struktur badan. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Yunani kuno. Ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong.

Dalam badan manusia, tulang, sendi dan otot memainkan peranan dan fungsi masing-masing. Tulang berperanan untuk menyokong berat badan kita, melindung organ-organ dalaman seperti jantung dan paru-paru. Selain itu, tulang juga berfungsi untuk mnghasilkan sel-sel darah dan platlet di dalam sum-sum tulang. Terdapat 270 tulang pada kanak-kanak. Manakala dewasa 206 ke 213 tulang. Setiap manusia mungkin berbeza daripada daripada tulang rusuk, vertebra dan sebagainya.

Sendi pula berfungsi untuk menyediakan tempat perlekatan otot rangka serta sebagai tuas untuk pergerakan badan. Otot berfungsi untuk mengekalkan postur badan, menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot, menstabilkan sendi serta mengartikulasikan antara otot dengan tulang. Ada lebih 600 otot pada tubuh badan manusia. Tiada angka yang tepat disebabkan kajian masih berjalan. Ada rujukan yang letak sehingga 840 otot.

Kedudukan Anatomi (Anatomical Position)

Merujuk kepada badan manusia dalam posisi berdiri tegak, kepala dan mata menghadap ke hadapan. Tapak tangan menghadap ke hadapan. Ketika bayi, tapak tangan menghadap ke dalam. Disebabkan adaptasi kehidupan harian, posisi itu berubah.

 

Kursus Kecergasan 2024

 

Posisi Anatomi

  • Anterior – bahagian hadapan badan
  • Posterior – bahagian belakang badan
  • Superior – bahagian yang menuju ke arah kepala
  • Inferior – bahagian yang menuju ke arah kaki
  • Lateral – bahagian tepi badan
  • Medial – bahagian tengah badan
  • Proksimal – bahagian yang lebih dekat dengan badan
  • Distal – bahagian yang menjauhi badan

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: