Dah Cukup Tidur Tapi Kerap Rasa Ngantuk Di Siang Hari?

Dah cukup tidur tapi kerap rasa ngantuk di siang hari? Kenapa masih rasa mengantuk?

Bagi individu dewasa, waktu tidur yang ideal adalah adalah 6 hingga 8 jam sehari. Bagi mereka yang aktif bersenam pula, boleh cecah 8 hingga 10 jam sehari bergantung kepada tahap keaktifan atau intensiti aktiviti. Namun, anda mungkin dah tidur mengikut waktu disarankan tapi masih rasa mengantuk dan penat di siang hari?

Banyak sebenarnya faktor yang mungkin. Antaranya adalah;

1. Kualiti Tidur

Ketika tidur, badan merembeskan beberapa hormon tumbesaran untuk membaik pulih sel dan sebagainya. Sesetengah daripada kita sukar dapat kualiti tidur yang baik. Ia mungkin disebabkan masalah seperti menopause, masalah kesihatan, tekanan psikologi, tempat tidur tidak selesa atau keletihan melampau.

2. Apnea Tidur

Apnea merupakan keadaan di mana nafas terhenti seketika ketika tidur. Ia merupakan gangguan dalam tidur disebabkan saluran pernafasan tersumbat. Apabila sukar bernafas, otak akan menghantar signal untuk bangun dan kembali bernafas.

3. Ritma Sirkadian

Ritma sirkadian atau jam biologi merupakan waktu segala fungsi badan berjalan secara semula jadi. Biasanya mereka yang sering alami gangguan jam biologi ini adalah mereka yang bekerja bertukar-tukar shift. Ia juga biasa terjadi pada mereka yang berjalan ke lokasi dengan zon waktu berbeza.

4. Alkohol

Alkohol meningkatkan pengeluaran hormon epinefrin atau hormon tekanan yang beri kesan kepada degupan jantung dan rangsangan terhadap badan. Ia juga meningkatkan keinginan untuk membuang air pada waktu malam.

 

5. Sindrom Kaki Resah

Sindrom kaki resah atau restless leg syndrome menyebabkan anda tidak boleh mengawal diri daripada menggerakkan kaki ketika tidur. Ia mungkin disebabkan rasa tidak selesa pada kaki. Pergerakan demi pergerakan ini menyukarkan anda untuk masuk ke mood tidur lena.

6. Kekurangan Nutrisi

Anda mungkin alami kekurangan nutrisi berikut;

  • iron
  • riboflavin (vitamin B2)
  • niacin (vitamin B3)
  • pantothenic acid (vitamin B5)
  • pyridoxine (vitamin B6)
  • folate (vitamin B9)
  • vitamin B12
  • vitamin D
  • vitamin C
  • magnesium

Kekurangan nutrisi seperti zat besi, vitamin B12 dan vitamin D boleh menyebabkan keletihan di waktu siang.

Kursus Kecergasan 20217. Masalah Kesihatan

Ada pelbagai penyakit yang menyebabkan kita sentiasa letih seperti, apnea tidur, hypothyroidism, kanser, sindrom keletihan melampau, multiple sclerosis, kemurungan, masalah buah pinggang, diabetes dan fibromyalgia.

8. Kafein

Minum terlalu banyak kafein menyukarkan kita masuk ke mood tidur lena. Minum kafein dikaitkan dengan peningkatan kerisauan sebelum tidur, menyebabkan otak sentiasa berfikir dan seterusnya mengurangkan masa tidur kita.

Perubahan gaya hidup juga boleh menyebabkan keletihan. Ini termasuk mengandung, menopause, berat turun atau naik. Jika keadaan semakin teruk, jumpalah doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar anda.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: