Angkat Berat Lebih Elok Untuk Jantung Berbanding Joging

Kajian daripada Copenhagen telah mendapati bahawa latihan beban lebih menghindari sakit jantung berbanding kardio.

Kursus Kecergasan 2024

Secara asasnya, kedua-duanya, iaitu latihan beban dan kardio membantu membakar lemak di sekitar jantung justeru menyelamatkan seseorang daripada sakit jantung dan lain-lain.

Namun demikian, latihan beban lebih menghindari seseorang daripada penyakit-penyakit jantung lain.

Contohnya, ada satu sejenis lemak di bahagian jantung yang boleh dibakar hanya dengan latihan beban, iaitu tisu adipos. Terdapat satu kajian yang membahas perkara ini secara terperinci.

Menurut World Health Organization (WHO), kira-kira setiap hari 3 orang mati disebabkan penyakit jantung. Maka, selain daripada menjaga diet dan sebagainya, amat disarankan untuk melakukan latihan beban atau strength training.

Ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa latihan beban membantu menghindari penyakit jantung.

Saya tak biasa buat latihan beban, macam mana nak mula?

Ini adalah perkara biasa untuk pemula.

Jangan sempitkan fikiran anda apabila bercakap sahaja tentang latihan beban, kita akan terfikir tentang dumbel dan sebagainya.

Sebenarnya, senaman semudah tekan tubi yang menggunakan badan kita sendiri sebagai beban juga merupakan salah satu bentuk latihan beban.

Maka, saya candangkan anda untuk lakukan senaman-senaman bodyweight dahulu seperti squat dan sebagainya.

Lakukan seberapa banyak yang anda mampu sehingga otot anda lesu.

Selepas itu, rehat untuk seminit hingga dua minit. Lakukan sekali lagi. Buat selama tiga atau empat pusingan.

Satu prinsip latihan beban yang anda perlu tahu supaya anda mendapat manfaat maksimum daripada latihan beban itu:

Latihan beban hendaklah sentiasa mencabar.

Jangan lakukan sesuatu yang anda sudah biasa lakukan. Sebaliknya, otot anda tidak akan berkembang kuat.

Setiap latihan beban mesti lebih banyak ulangan atau tambah berat. Contohnya, ketika anda melakukan squat, anda peluk suatu beban untuk menjadikan squat anda itu lebih berat.

Lebih berat = lebih mencabar = ansur maju.

Sekiranya anda sudah biasa dengan latihan beban dengan badan sendiri, anda bolehlah ke gim pula untuk mengangkat beban yang lebih berat.

Mana satu yang lebih membakar lemak? Latihan beban atau kardio?

Ramai orang salah faham tentang ini. Mereka rasa:

Latihan beban = Bina otot

Kardio = Bakar lemak

Ini betul, tetapi tidak tepat kerana latihan beban juga menyumbang kepada pembakaran lemak. Apabila otot anda berkembang, lemak di sekeliling otot itu akan terbakar.

Terdapat satu kajian yang membincangkan perkara ini dengan terperinci. Tetapi tidak mengapa, saya akan ringkaskan di sini.

Macam mana latihan beban boleh membakar lemak?

Baik, latihan beban meningkatkan metabolisme. Metabolisme membantu pembakaran lemak selepas sesi latihan beban.

Lemak anda tidak terbakar secara drastik ketika anda melakukan latihan beban, sebaliknya selepas. Ini yang disebut sebagai after burn effect.

Apa-apa pun, anda perlu membakar lemak kerana lemak membawa banyak penyakit kepada anda.

Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, cara yang ideal untuk membakar lemak dan menyelamat jantung adalah melakukan latihan beban.

Kesimpulan

Apabila dibandingkan antara latihan beban dan kardio, bukanlah bermakna kardio itu tidak ada nilai langsung. Tetapi, ada kelebihan pada latihan beban yang tidak ada pada kardio.

Ini bermakna, kita perlu variasikan senaman kita. Jangan asyik berjoging dan berbasikal sahaja. Kita juga perlu melakukan latihan beban!

 

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: