Apa Itu Lectin?

Terjumpa status ini. Hmm… “alo brader, kalau nak banding ambil dalam jumlah sama. Sebiji epal dan jus sebiji epal. Bukan sebiji epal dan 1 cawan jus. Jus epal mungkin dibuang serat, ditambah buah atau gula. Begitu juga dengan sayur”.

Apa itu lectin?

Lectin atau hemagglutinin merupakan anti-nutrisi yang tiba-tiba popular disebabkan media dan buku diet pelik-pelik yang kata lectin sebagai punca obesiti, keradangan teruk dan masalah imunisasi auto. Ia ada dalam semua tumbuhan. Paling tinggi dalam kacang, kecang pea, kacang soya, dan gandum. Sejauh mana kebenarannya?

Lectin merupakan protein yang diikat dengan karbohidrat. Ianya sukar dipecahkan dan stabil dalam ruangan berasid. Berdasarkan laporan, ada jenis lectin menyebabkan sel darah merah bercantum dan menyebabkan kesan seperti mual, sakit perut dan cirit.

Kajian ke atas binatang, menunjuk lectin aktif ganggu penyerapan mineral termasuk kalsium, besi, phosphorus dan zink. Lectin juga boleh bergabung dengan sel dinding di salur penghadaman. Jadi lama kelamaan berpotensi beri masalah imunisasi auto. Secara teori juga main peranan dalam keradangan kes rheumatoid arthritis dan diabetes jenis 1.

Kursus Kecergasan 2021

Segala jawapan di atas adalah teori yang jadi pemangkin perkara anti-lectin. Maka lakulah buku-buku dan produk menghalang kesan lectin di pasaran. Terlalu terhad kajian dibuat ke atas lectin ini sebenarnya, terutama kajian pada manusia.

Jangan takut dengan lectin. Jarang sekali manusia mengambil lectin dalam jumlah yang sangat banyak. Kaedah masak makanan guna haba pun boleh menyahaktif lectin. Lectin juga larut dalam air dan biasanya di permukaan makanan. Boleh dibuang walaupun tidak sepenuhnya. Badan juga boleh hasilkan enzim untuk melawan lectin.

Lectin ada banyak jenis. Mereka dengan masalah penghadaman seperti irritable bowel syndrome mungkin berdepan masalah sensitif dengan lectin. Jika anda tiada apa-apa masalah alergi, tak perlu takut.

Lectin juga ada kebaikkannya. Ia boleh bertindak sebagai antioksida. Ia juga bantu perlahankan penyerapan karbohidrat sekaligus mengurangkan risiko peningkatan gula dan insulin dalam darah. Ada juga rawatan kanser yang guna lectin disebabkan keupayaannya membunuh sel kanser. Ada juga kajian populasi besar menunjukkan lectin beri kesan positif pada sistem kardiovaskular, penurunan berat dan diabetes jenis 2. Makanan tinggi lectin biasanya kaya dengan vitamin B, protein, serat dan lemak baik.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6603809/
  2. https://draxe.com/nutrition/lectins/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: