Diet Terbalik ‘Reverse Diet’

Diet terbalik atau reverse diet adalah diet selepas diet. Maksudnya, selepas melalui 1 program diet, ada satu lagi diet yang dibuat supaya berat dan lemak tidak naik. Siapa yang berat badan naik kembali selepas program penurunan berat? Sebelum ini, diet ini popular di kalangan ahli bina badan yang buat diet sangat ketat.

Diet terbalik adalah pelan makanan yang meningkatkan kalori sedikit demi sedikit dalam masa berminggu atau berbulan untuk tingkatkan kembali metabolism. Kata kuncinya, sedikit demi sedikit, bukan terus kembali ke makan normal anda.

Kursus Kecergasan 2024

Kebanyakan diet menggunakan konsep pengurangan kalori. Lama kelamaan, badan mula mengadaptasi diet tersebut dan metabolism mula menurun untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Ini jadi titik masalah untuk kekalkan berat badan, atau ketika cecah plateau.

Kaedahnya agak mudah, anda cuma tambah 50 ke 100 kalori setiap minggu sehingga cecah sasaran kalori anda. Kebiasaannya 4 hingga 10 minggu. Kekalkan kemasukan protein sepanjang diet. Peningkatn kalori yang sedikit dpat bantu badan meningkatkan metabolism melalui non-exercise activity thermogenesis (NEAT) iaitu kerja harian.

Diet terbalik bantu normalkan peredaran hormon kita seperti leptin yang kawal selera dan berat badan. Kajian menunjukkan leptin yang dihasilkan tisu lemak berkurang dengan pengurangan kalori menyebabkn selera makan meningkat. Kajian 6 bulan pada 48 peserta menunjukkan pengurangan leptin sebanyak 44 peratus.

Ada juga dakwaan, diet terbalik bantu turunkan berat. Cuma kajian tentang ini agak terhad. Cuma ada bukti anecdotal.

Nota: Apabila leptin berkurang, paras ghrelin meningkat. Ghrelin rangsang rasa lapar.

Walau bagaimana pun, masih agak terhad kajiandiet terbalik ini. Adakah ia effektif untuk orang awam atau atlet tertentu sahaja?

Kajian

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3943438/
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19198647/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4989512/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6058072/
  5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25645138/
  6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21460597/
  7. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15102614/
  8. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18191052/
  9. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23275346/
  10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16618007/
  11. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2694569/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: