Asas Nutrisi

Masalah paling utama yang kita hadapi ialah tak lain tak bukan adalah pemakanan. Ramai tak tahu bagaimana cara makan yang betul. Ada yang tak makan apa-apa.:p. Ada yang tak makan malam. Ada yang tak makan nasi. Ada yang minum protein shake sahaja dalam sehari. Ada yang kata minum air boleh gemok. Ada yang kata puasa. Macam-macam kita dengar bila bercerita tentang diet atau pemakanan.
Kita ambil 3 komponen asas dalam makanan dahulu. Karbohidrat, protein dan juga lemak. Apa yang penting dalam diet adalah ‘nombor’ atau kalori. Berapa kalori patut kita ambil untuk kuruskan badan? Berapa kalori patut kita ambil untuk besarkan otot? Setiap 1 gram karbohidrat memberi 4 kcal, protein juga 4 kcal manakala lemak 9 kcal.
Apa itu karbohidrat? Karbohidrat adalah sumber glukosa. Glukosa adalah karbohidrat ringkas yang disimpan di dalam otot dan hati dalam bentuk glikogen. Bila mana glikogen penuh dalam otot, otot kelihatan bulat dan solid. Bila mana badan kita memerlukan tenaga, simpanan glikogen ini boleh digunakan. Glukosa juga boleh didapati dari protein tetapi memerlukan pecahan daripada protein.
Bila badan tidak menerima karbohidrat yang mencukupi, badan kita akan mula membakar otot sebagai sumber tenaga. Bila otot mula dibakar, kadar metabolisme badan akan menurun. Jadi pembakaran menjadi perlahan.
Apa itu protein? Pecahan protein dipanggil asid amino. Protein diperlukan dalam membina, membaiki otot rosak. Bila bercerita tentang protein, sering kali kita mendengar ‘nitrogen balance‘. Bila mana badan kita memproses lebih protein dari keperluan, itu dinamakan positive nitrogen balance. Jika badan gagal mendapatkan positive nitrogen balance, badan akan mula menukarkan otot untuk mendapatkan lebihan nitrogen yang diperlukan.
Lebih protein=positive nitrogen balance=anabolic
Kurang protein=negative nitrogen balance=catabolic
Apa itu lemak? Jangan cakap kita tidak perlukan lemak. Lemak adalah sumber tenaga yang sangat penting dalam badan kita. Pernah dengar pepatah kata, ‘eat fat to burn fat‘?. Tapi lemak bagaimana yang mesti diambil? Bukan makan nasi lemak.:D
Bila kita tak makan, atau skip meal, badan kita akan cuba untuk menyimpan lemak dan membakar otot sebagai sumber tenaga. Ada 2 jenis lemak. Pertama kita panggil lemak tepu. Lemak tepu adalah lemak yang sepatutnya kita elak. Pengambilan lemak tepu tak terkawal akan menimbulkan masalah seperti sakit jantung, hypercholestromia. Kedua lemak tak tepu. Lemak tak tepu lebih mudah diproses badan berbanding lemak tepu. Ada lemak tak tepu berfungsi sebagai anti oksida.
Cara mudah untuk kenal lemak tepu dan tak tepu ialah pada suhu bilik lemak tepu dalam bentuk pepejal manakala lemak tak tepu dalam bentuk cecair.
Bagaimana cara terbaik utk kita membakar lemak di perut? Selepas buat latihan bebanan,, saya akn buat kardio(jogging/berlari anak) dlm 20 minit mcm tu. SELEPAS ITU baru lah saya ambil seriousmass.
1. ok ke mcm tu dato?
2. Atau ada kah bole juga selepas latihan bebanan, saya ambil seriousmass dulu, dan barulah buat kardio.
– Harap Dato dapat share cara trbaik/paling brkesan utk bakar lemak, BUKAN bakar kalori/Otot.
**Saya ambil seriousmass sbb nk tmbh size sbb KURUS, tapi perut buncit, buncit sgt tu tidak lah tapi bila pakai t-shirt tu nmpak perut.
1. boleh. tp sesekali cuba masukkan high intensity interval training skali. http://strengthsifoo.com/hiit-high-intensity-interval-training/
2, buat cardio dulu. kalau risau bakar otot, amik sbelum latihan bebanan, bukan sebelum cardio
dato apakah contoh makanan2 yg ada lemak x tepu?
minyak zaitun, minyak flaxseed, almond, omega 3, kebanyakan dlm sayuran, dll
bagaimanakah cara untuk meminum glucose dengan betul?adakah sebelum melakukan aktiviti atau selepas?
ambil selepas aktiviti. tp jgn overdose.
Salam dato.
Sy tgh diet. Mudah2han nk try badan cntik.
Ok x kalau sy cardio 30 minit sebelum dan 30 selepas workout bebanan ( 45minit). Adakah akan bakar otot atau tak..
trima kasih
boleh je. xde masalah. paling penting cukupkan nutrition intake.
dato, boleh bagi sample diet plan yang simple utk saya. Perut buncit sikit, saya baru join gym 2 minggu, dah ada kesan tp, bab makan saya masih keliru. Saya ketinggian 171cm berat 74cm.
cuba tgk entri http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/