Asma Ketika Bersenam
Kena asma semasa bersenam? Sebelum ini tiada masalah? Ia dipanggil exercise-induced asthma. Ia menyebabkan kita sesak nafas sebagaimana pesakit asma yang biasa. Cuma ia berlaku ketika bersenam sahaja.
Ia juga dikenali juga sebagai exercise-indused bronchoconstriction. Ketika senaman, salur pernafasan menjadi sempit. Mereka dengan masalah ini boleh terus bersenam dengan syarat mengawal simptomnya.

Simptom exercise-indused bronchoconstriction biasanya bermula sejurus selepas memulakan senaman dan bertahan sekitar 60 minit atau lebih jika tidak dirawat. Simptomnya termasuk;
– Batuk
– Pernafasan sangkut
– Sakit dada
– Keletihan melampau
Jika kondisi semakin teruk, jumpa doktor. Ia mungkin juga masalah kesihatan yang lain. Punca jelas tidak ketahui. Mereka dengan masalah ini ada keradangan dan mungkin akan menghasil mukus selepas senaman. Masalah ini sebenarnya biasa pada mereka dengan asma, tapi juga tanpa asma. Atlet prestasi tinggi juga mungkin berdepan masalah sama.
Risiko bertambah apabila bersenam dalam keadaan sejuk, udara kering, dan kualiti udara yang teruk. Jika tidak dirawat, ia mungkin boleh bawa ke masalah serius sehingga mengancam nyawa. Ada sesetengah kes terpaksa bergantung pada inhaler setiap kali bersenam.
Apakah patut elak senaman jika berdepan masalah ini?
Tidak. Cuma kena ambil langkah berjaga-jaga. Malah ada atlet Olympic yang bertanding dengan asma. Biasa doktor akan bagi inhaler atau brochodilator dan digunakan sebelum senaman. Ada juga yang diberi ubat albuterol. Ubat ini mengelakkan salur pernafasan daripada mengecil dan mengawal sakit ini. Banyak lagi sebenarnya. Kalau kes teruk, doktor akan bagi corticosteroid seperti beclomethasone dipropionate (qvar) atau budesonide (pulmicort).
Selain pengunaan ubat, adalah penting untuk memanaskan badan seperti aktiviti berintensiti tinggi. Bersenam di tempat bersesuai. Elakkan tempat sejuk, kotor dan sebagainya.




