Bagaimana Patah Tangan dalam Gusti Lengan (Arm Wrestling) Boleh Berlaku?

Kebelakangan ini, kita selalu melihat video-video yang tular di media sosial berkenaan dengan kecederaan semasa melakukan sukan gusti lengan. Rata-rata komen daripada pengguna media sosial menyatakan bahawa sukan gusti lengan ini berbahaya dan tidak mengalakkan orang ramai untuk menyertainya. Tetapi pernyataan ini adalah salah sama sekali. Ramai yang tidak tahu sukan gusti lengan juga memerlukan teknik dan latihan yang betul semasa melakukannya. Hari ini kita akan merungkaikan bagaimana kecederaan patah tangan dalam gusti lengan boleh berlaku dan bagaimana kita dapat mencegahnya daripada terjadi.
Kekerapan kecederaan patah tangan di dalam gusti lengan berlaku disebabkan?
Kebanyakkan kecederaan patah tangan dalam gusti lengan berlaku pada orang yang melakukan sukan ini hanya untuk suka-suka dan menunjukkan siapa lagi kuat dengan tidak tahu ade risiko disebaliknya. Sukan gusti lengan memerlukan meja gusti lengan yang telah dicipta khas untuk melakukan sukan itu. Meja gusti lengan sudah ada kelengkapan dan ketinggian yang sesuai untuk melakukan sukan gusti lengan. Ramai orang tercedera kerana melakukan sukan ini pada meja yang biasa dengan berada dalam keadaan yang tidak selesa dan berisiko untuk mendapatkan kecederaan.
Seterusnya, kecederaan patah tangan dalam gusti lengan ramai terjadi kepada orang yang baru belajar sukan gusti lengan atau dipanggil sebagai “Beginner”. Oleh sebab itu, banyak teknik teknik dan undang-undang keselamatan yang tidak dapat dimahiri dan diikuti menyebabkan kecederaan sering berlaku. Sukan gusti lengan juga sama seperti sukan lain yang memerlukan latihan yang cukup dan konsisten untuk mahir atas meja gusti lengan.
Selain itu, kedudukan badan dan tangan juga memainkan peranan yang penting dalam perlawanan gusti lengan. Kebanyakan kecederaan adalah pada bahagian tulang Humerus. Tulang Humerus ini adalah tulang yang berada diatas siku dan tulang ini boleh retak atau patah jika kedudukan dan teknik semasa perlawanan gusti lengan tidak diambil berat. Fisik mempunyai banyak kaitan dalam hal ini. Ia adalah pertempuran antara sendi bahu yang berputar semasa gusti lengan dan siku statik yang bengkok, mereka bekerja secara bertentangan dan tulang lengan menerima paling banyak tekanan. Ini adalah faktor utama kecederaan patah tangan dalam gusti lengan.
Jadi bagaimana kita boleh mengelakan ini daripada berlaku? Adakah sukan gusti lengan ini patut dielakkan daripada orang ramai menyertainya?
Antara salah satu cara untuk mencegah daripada kecederaan patah tangan berlaku dalam gusti lengan ialah, melakukan banyak latihan khas yang telah digunakan dalam sukan gusti lengan. Terdapat banyak latihan khas untuk gusti lengan dan cara melakukannya sangat berbeza daripada latihan yang kita gunakan untuk bina badan di gim yang biasa kita lihat. Contohnya seperti, “Cable Wrist Curls, “Wrist Roller” dan lain lain lagi. Latihan ini dapat melatih kekuatan otot “Pronator Teres” yang sangat penting untuk atlit sukan gusti lengan. Kekuatan pergelangan tangan juga memainkan peranan penting dalam memastikan anda akan mendapatkan position yang terbaik semasa perlawanan gusti lengan.
Justeru itu, mempunyai “mindset” sukan gusti lengan adalah salah satu sukan kekuatan dan memandang serius ketika melakukannya dapat menimbulkan sifat berjaga jaga dan boleh menyedari had kemampuan kita semasa perlawanan gusti lengan tidak kira secara profesional atau suka suka.
Akhir Sekali, banyakkan melihat video video perlawanan gusti lengan dan sukan gusti lengan untuk belajar tentang teknik yang mereka gunakan dan jika anda berniat untuk jadi seorang atlit sukan gusti lengan, pastikan anda mendapat “coaching” daripada coach sukan gusti lengan yang bertauliah dan mempunyai pengalaman.
Kesimpulannya, badan manusia sebenarnya tidak mudah patah atau cedera dengan hanya melakukan perlawanan gusti lengan secara suka suka dengan kawan anda. Badan kita lebih kuat daripada yang anda sangkakan dan jangan takut untuk melakukan sukan gusti lengan kerana ianya sama juga seperti sukan yang lain yang mempunyai keseronokan dan kelebihan masing masing. Tetapi, perlu berhati hati dan berjaga jaga semasa melakukannya dan menitikberatkan segala aspek keselamatan yang ada.
Rujukan
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8667248/
- https://bjsm.bmj.com/content/34/6/461
- https://www.wikihow.com/Win-at-Arm-Wrestling
- https://clinmedjournals.org/articles/iaos/international-archives-of-orthopaedic-surgery-iaos-3-022.php?jid=iaos
- https://www.researchgate.net/publication/371338243_An_unusual_injury_pattern_arm_wrestling_injury_treatment_modalities_clinical_outcomes_and_return_to_sport