Bakar Lemak Pantas Nov16

Kongsi

Bakar Lemak Pantas

Bagaimana bakar lemak dengan cepat?

1. Mulakan latihan bebanan – Ramai yang mula bersenam untuk turunkan berat, tapi senaman yang di pilih hanyalah senaman kardio seperti joging, senamrobik dan sebagainya. Mereka lupa buat latihan bebanan. Latihan bebanan pertahankan otot dan juga bina otot kita. Terlalu banyak kardio mungkin merosotkan otot kita. Otot meningkatkan metabolism kita sedikit. Senaman bebanan beri rupa yang astetik kepada kita.

2. Cukup protein – Fokus pada kemasukan protein, bukan pengurangan karbohidrat. Bila kemasukan protein mencukupi, anda kurang rasa lapar. Protein penting untuk pembinaan otot.

3. Cukup tidur – Bila terlalu penat bekerja dalam hari tertentu dan balik terlalu lewat, lebih baik kita elakkan senaman pada hari ini. Tidur juga merupakan elemen penting dalam pembakaran lemak. Tidur tak berkualiti akan menyebabkan kita sentiasa lapar. Biasanya akan ambil makanan tinggi gula atau makanan proses. Ia seterusnya menyebabkan proses pemulihan daripada latihan berintensiti tinggi lambat. Bukan bermaksud setiap hari elak senaman. Anda kena atur jadual anda.

4. Jangan takut lemak – Kita perlukan lemak dalam diet kita. Kurang pengambilan lemak menyebabkan pelbagai masalah termasuk kulit dan rambut kering, masalah penghadaman dan ketidak seimbangan hormon. Lemak juga beri rasa kenyang. Pastikan sekurang-kurang 20 peratus daripada kalori harian anda daripada lemak.

5. Lebihkan serat – Serat menyebabkan kita rasa penuh dan juga untuk kesihatan sistem penghadaman kita. Ambil sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari.

6. Fokus pada makanan solid – Anda boleh ambil makanan proses untuk turunkan berat selagi dalam kalori keperluan tapi pastikan majoriti kalori anda daripada makanan yang berkualiti seperti daging, ayam, buah, sayur, lemak yang baik dan sebagainya

7. Buat HIIT – Masukkan sekali senaman jeda berintensiti tinggi dalam program. Mungkin selepas Kardio yang panjang atau selepas latihan bebanan.

Kursus Kecergasan 2021

8. Hari kalori tinggi – Betul, nak turunkan berat kena defisit kalori. Tapi kajian juga menyokong, ada masanya, mungkin seminggu sekali masukkan ‘refeed day’, tingkatkan kalori terutama daripada karbohidrat dapat bantu pertahankan otot. Daripada anda potong 25 peratus setiap hari selama 7 hari, lebih baik sebenarnya anda potong 35 peratus untuk 5 hari dan 2 hari kalori keperluan anda tanpa defisit. Anda akan dapat kalori yang sama dalam seminggu cuma bezanya dapat 2 hari untuk makan lebih banyak. Kaedah ini beri badan peluang untuk berehat dan lebih terikat dengan diet tersebut.

9. Mengambil makan tambahan – Ada makanan tambahan yang mungkin bantu anda dalam proses turunkan lemak. Dalam kajian, kafein terbukti meningkatkan pembakaran kalori dan meningkatkan metabolism. Ia juga bantu tingkatkan tenaga dalam senaman. Yohimbe juga bantu dalam pembakaran lemak. Ia bantu kawal selera makan dan tingkatkan tenaga. L-carnitine bertindak sebagai pintu yang seterusnya bantu lemak dioksidakan jika disertakan dengan senaman.

Kajian
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2912010/
https://www.mdpi.com/2411-5142/5/1/19

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube