Kongsi
Mandi Selepas Makan
Boleh tak mandi selepas makan?
Ada beberapa kajian menunjukkan pengaliran darah meningkat di gastointestinal selepas makan. Ia dipanggil postprandial atau functional hyperemia. Mandi menurunkan suhu badan. Arteri dan vena membesar supaya memudahkan suhu dialirkan ke bahagian badan lain. Jadi idea kajian ini, aliran darah berpecah, 1 ke perut untuk bantu penghadaman, 1 lagi ke bahagian badan yang lain untuk bantu panaskan badan.
Jadi ada kemungkinan kesan sementara yang dikatakan buncit. Selepas mandi, badan kembali tenang dan suhu badan cuba menjadi normal kembali. Bila suhu badan menurun, badan dikatakan sukar untuk buat perkara asas metabolik seperti bernafas, menyalurkan darah dan penghadaman, yang mana mungkin mengganggu penghadaman dan seterusnya mungkin menyebabkan muntah.
Akan tetapi kesan mandi selepas makan kurang terdapat pada mereka yang sihat. Tiada data mencukupi. Jadi kesan asiditi, masalah penghadaman atau masalah gastrik boleh diabaikan. Tiada sakit perut. Akan tetapi kesan ini lebih jelas pada mereka yang lemah daripada segi fizikal, sakit atau orang tua.
Nasihat saya, jika tiada keperluan untuk terus mandi, bagi masa untuk makanan hadam. Sekurang-kurang 20 hingga 30 minit.