Kepentingan Minggu Deload Untuk Prestasi Maksimum

Elak plateau dengan mengamalkan deload
Deload week atau minggu deload adalah penting bagi mereka yang mengamalkan sukan angkat beban dengan intensiti yang tinggi. Anda tidak patut tidak memasukkan minggu deload dalam perancangan latihan anda.
Sebelum itu, apa itu deload week?
Secara asasnya, deload adalah keadaan kita menurunkan berat beban untuk mengelak diri daripada kecederaan disebabkan lampau latihan (overtraining).
Apabila kita berlatih dengan beban yang berat-berat, ia mampu membuatkan sistem saraf pusat kita menjadi lesu. Jadi, sekiranya kita terus memaksa badan untuk mengangkat beban yang sangat berat, ia berisiko mencederakan otot dan seluruh badan.
Bagi mengelak daripada hal ini berlaku, lakukan deload untuk satu minggu. Dengan itu, minggu tersebut dipanggil sebagai deload week.
Satu perkara yang anda perlu tahu, deload week membantu prestasi otot anda menjadi lebih kuat.
Ada beberapa manfaat mengamalkan deload week ini.
Manfaat 1: Jantung lebih sihat
Lampau latihan membuatkan jantung kita tidak sihat. Terdapat kajian yang membuktikan hal berkenaan. Kita tidak boleh mengangkat beban yang sangat berat secara berterusan. Nanti, badan kita akan mengalami plateau.
Tahu apa itu plateau?
Plateau adalah bilamana prestasi kita tiba-tiba tidak bergerak atau statik. Susah nak tambah baik atau level up. Jadi, hendak memecahkan plateau ini, perlulah kepada minggu deload.
Manfaat 2: Otot cepat membesar
Tanpa minggu deload dan berterusan mengangkat beban berat, kita sebenarnya tidak memberi masa yang cukup kepada perkembangan otot.
Maka, minggu deload membantu untuk memulihkan otot lesu dan menggalakkan pembesaran otot. Hal ini dibuktikan menerusi satu kertas kerja.
Manfaat 3: Mental tak koyak
Mustahil untuk anda terus mengangkat beban berat tanpa kelesuan mental. Jadi, dengan mengambil satu minggu deload, ia memberi anda semangat kembali.
Persoalannya, bila kita perlu buat deload week ini?
Jawabnya, terpulang kepada kondisi badan anda.
Bilamana anda berasa anda telah mencapai kondisi plateau, maka badan anda memberi tanda bahawa anda perlu mengambil satu minggu deload. Turunkan semua beban kepada tahap sederhana.
Berlatih seperti biasa. Repetisi yang sama. Set yang sama.
Yang beza, hanyalah beban. Turunkan ke tahap sederhana berat.