Bina Badan Digugurkan daripada Sukan SEA
Bina badan antara lima sukan yang digugurkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) daripada senarai awal 34 jenis sukan bakal dipertandingkan di temasya dwitahunan Sukan SEA 2017. Turut digugurkan adalah sukan kenu, lawan pedang, judo dan triatlon.
Bagaimanapun, bina badan curi tumpuan kerana dijangka mampu menyumbang dua pingat emas namun tidak dipertandingkan selepas Sazali didakwa punca kerana positif doping, tahun lalu.
Kali terakhir bina badan dipertandingkan ialah Sukan SEA Myanmar 2013 di mana Malaysia raih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa. Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) Kamaruzaman Kadir mengakui terkilan dan terkejut apabila sukan itu digugurkan. Beliau sudah menyatakan potensi meraih satu atau dua pingat emas walaupun tanpa Sazali Samad. Persekutuan yakin, masih mempunyai atlet lain yang berpotensi meraih kejuaraan.

Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/115906
http://www.astroawani.com/berita-sukan/sazali-kecewa-dituduh-punca-bina-badan-tidak-tersenarai-94945



