Boleh Ke Telan Air Mani Lelaki?

Soalan saya terima kali ini agak mencabar. Adakah ianya selamat? Untuk pengetahuan anda, ia adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan negatif, malah air mani ada khasiat tertentu. Ianya boleh ditelan dan dicerna sebagaimana proses sama makanan dan minuman dicerna.
Namun, ada sesetengah orang ada alahan terhadap air mani. Alahan ini dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).
Apa rasa air mani
Air mani mengandungi fruktosa, potasium, zink, phosphorycholine, prostaglandin, enzim, asid sitrik dan asid amino. Rasanya bergantung pada diet dan gaya hidup individu tersebut. Air mani boleh jadi masin, manis, masam atau pahit. Merokok pun boleh ubah rasa air mani jadi teruk.
Apa khasiatnya
Kajian yang diterbitkan oleh Psychology Today, air mani mengandungi pelbagai nutrisi yang boleh diserap masuk seperti di bawah. Ia berpandukan purata ejakulasi 3.4ml.
- Calcium – 0.938mg
- Chloride – 4.83mg
- Citrate – 18.0mg
- Fructose – 9.25mg
- Glucose – 3.47mg
- Lactic acid – 2.11g
- Magnesium – 0.374mg
- Potassium – 3.71mg
- Protein – 0.171g
- Sodium – 10.2mg
- Urea – 1.53g
- Zinc – 0.561mg
Selain nutrisi, ia juga boleh jadi pengubah mood disebabkan kandungan seperti oxytocin, endorphin, prolactin, TRH, dan serotonin. Ia juga dilaporkan mengandungi antioksida. Air mani juga dilaporkan mengandungi hormon baik seperti oxytocin, melatonin yang bantu dalam tidur, DHEA, DHT dan sebagainya. Ada juga kajian cadangkan ia mampu merendahkan risiko praeklampsia.
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat air mani untuk wanita jika ia ditelan atau diserap melalui hubungan seks. Walaupun begitu, ia masih memerlukan kajian lanjutan kerana ia belum benar-benar terbukti. Boleh dikatakan kebanyakan kajian hanya fokus kepada kebaikkan suatu kandungan.
Air mani juga mungkin mempunyai mudarat lain seperti alahan, penyebaran penyakit kelamin, rasa loya, muntah, trauma dan sebagainya. Penyakit seperti chlamydia, gonorrhoea, syphilis, herpes, HIV dan trichomoniasis boleh dijangkiti melalui seks oral.
Rujukan
- https://selfhack.com/blog/unhealthy-ejaculate/#:~:text=Semen%20contains%20an%20array%20of,semen%20boost%20fertility%20and%20libido.
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5640966/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9642455/
- http://www.bioline.org.br/pdf?rm04012
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10706945/
- https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.2164/jandrol.04104