Crepitus

Ada bunyi-bunyi pada sendi apabila digerakkan? Macam bunyi pintu buka tutup? Contoh ketika melurus atau membengkok lutut.

Ia dipanggil crepitus. Salah satu penyebab mungkin osteroarthritis, akan tetapi ada juga penyebab-penyebab lain. Dalam kebanyakan kes, bunyi ini tidak mengganggu kehidupan kita. Walau bagaimana pun sekiranya ianya menyebabkan kesakitan, mohon jumpa doktor untuk pengesahan.

Ia juga boleh jadi disebabkan pengumpulan gas di kawasan sendi, membentuk buih kecil di dalam synovial. Bila bengkokkan kaki, buih ini pecah. Ia juga boleh jadi disebabkan ligamen dan tendon bersentuhan apabila melalui tulang, bila kembali ke tempat asal menghasilkan bunyi sendiri.

Crepitus juga boleh jadi disebabkan trauma. Ia boleh jadi petanda kepada kecederaan meniscus, chondrolamacia patella atau patellofemoral syndrome sekiranya berlaku di lutut. Osteoarthritis boleh berlaku tak kira usia dan ianya biasa pada mereka lebih daripada 50 tahun. Jika crepitus itu datang dengan kesakitan, ia kemungkinan besar adalah osteoarthritis.

Kursus Kecergasan 2024Crepitus boleh datang dengan masalah lain seperti;

– Sakit sendi
– Sendi yang ketat, terutama semasa pagi
– Bengkak
– Kurang mobiliti pada sendi

Crepitus dalam kes lain juga boleh jadi simptom kepada penyakit lain termasuk jangkitan bakteria, luka dalaman seperti ditikam, penumothorax dan sebagainya. Walaupun dalam kebanyakan kes tak bahaya, tapi boleh jadi bahaya. Dapatkan nasihat doktor jika perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: