Rambut Gugur Sebab Bersenam Jan19

Kongsi

Rambut Gugur Sebab Bersenam

Adakah senaman beri kesan negatif pada rambut?

Kebanyakan lelaki berdepan dengan masalah rambut apabila cecah usia 35 tahun. Mengikut American Hair Loss Association, 2 daripada 3 lelaki berdepan masalah rambut menjadi nipis apabila masuk usia 35 tahun.

Senaman fizikal yang disertai dengan pemakanan yang baik memberi kesihatan yang baik pada kita, begitu juga rambut. Senaman sepatutnya mencegah rambut daripada gugur disebabkan ia memperbaik pengaliran darah ke kulit kepala. Walaupun begitu, sesetengah kes melibatkan genetik, senaman tak membantu.

Walau bagaimana pun, senaman yang keterlaluan dan kekurangan nutrisi boleh menyebabkan rambut gugur. Badan akan masuk fasa tekanan dan masuk ke kondisi yang disebut telogen effluvium atau ringkasannya TE. TE menyebabkan folikel rambut menjadi dorman dan tidak boleh bertambah. Diet seimbang dan senaman tidak keterlaluan dapat balikkan proses ini.

Dalam kes genetik, badan menukarkan testosterone kepada dihydrotestosterone atau DHT yang mana menyebabkan folikel rambut mengecut dan mengarah ke arah kebotakan di bahagian tertentu.

Menurut Dr Jeffrey Rawnsley, professor klinikal daripada UCLA, senaman berat saja tidak menyebabkan masalah ini, akan tetapi pengambilan makanan tambahan yang tinggi vitamin A mempercepat proses ini. Pengambilan makanan yang tinggi zink, omega 3 dan vitamin E membantu badan tumbuhkan rambut dengan lebih baik.

Bagaimana dengan pengambilan creatine? Belum ada data kuat menunjukkan creatine menyebabkan rambut gugur, cuma pengambilan creatine menyebabkan DHT meningkat. Jika masalah terjadi pada anda, cuma hentikan pengambilan creatine buat sementara dan tengok ada perubahan tak.

Kursus Kecergasan 2020

Zaki Khan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube