Diet Bebas Gluten- Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Roti gandum adalah menu seluruh dunia dan makanan ruji ini digemari oleh pelagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. Ramai memilih roti sebagai makanan harian selain nasi kerana menu yang cepat, mudah dan sedap. Roti juga ada pelbagai jenis dan bentuk seperti roti nan, roti pita, wrap dan sebagainya. Ada yang mula diet dengan menukar nasi kepada roti, ada juga yang diet dengan mengelak roti? Sihatkah diet makan makanan berasaskan gandum atau khususnya roti ini?
Roti
Sejarah Roti
Roti pertama dibuat pada zaman Neolitik hampir 12,000 tahun yang lalu, mungkin daripada bijirin yang dihancurkan kasar dicampur dengan air, dengan doh yang terhasil mungkin diletakkan di atas batu yang dipanaskan dan dibakar dengan ditutup dengan abu panas. Orang Mesir secara tidak sengaja mendapati bahawa doh gandum boleh mengembang dan menghasilkan roti yang lebih lembut dan sedap.
Gandum (Triticum aestivum L.)
Merupakan tanaman bijirin utama bagi majoriti penduduk dunia. Bijirin ini bersifat poliploid dan ditanam secara domestik di seluruh dunia. Gandum kaya dengan protein (gluten), mineral (Cu, Mg, Zn, P, dan Fe), vitamin (kumpulan B dan E), riboflavin, niasin, tiamin dan serat makanan.
Tentang Gluten
Apa itu gluten?
Gluten ada dalam kernel gandum tetapi ia tidak aktif. Protein gluten boleh dibahagikan kepada dua pecahan utama mengikut keterlarutannya dalam alkohol akueus iaitu gliadin larut dan glutenin tidak larut. Kedua-dua pecahan terdiri daripada banyak komponen protein mengandungi glutamin dan prolin yang tinggi. Gliadin dan glutenin membentuk kira-kira 30 dan 50%, daripada jumlah protein dalam bijirin gandum .
Peranan gluten
Protein gluten yang memainkan peranan utama dalam penentuan kualiti pembuatan roti. Dalam doh gandum, gas boleh terkurung dalam ‘matriks gluten’ yang terdiri daripada rangkaian gluten visko elastik. Gliadin menyumbang kepada sifat penyerapan air, manakala glutenin menyumbang kepada keanjalan dan kekuatan doh.
Adakah gluten bahaya
Ya, bagi mereka yang ada penyakit seliak. Ia adalah penyakit autoimun dimana ia disebabkan peptida imunogenik yang menyebabkan tindak balas autimun yang mengakibatkan atrofi atau kerosakkan villous yang menghalang penyerapan nutrien. Mereka yang ada penyakit ini akan ada simptom bila mengambil gluten. Sekiranya anda ada simptom, anda perlu mendapatkan diagnosis dan perlu terus mengelak gluten. Dianggarkan 1% penduduk dunia mengidap penyakit ini.
Kaitan diet bebas gluten dengan penurunan berat
Tiada
Belum ada yang menunjukkan secara saintifik kaitan antara diet bebas gluten dengan penurunan berat, malah mereka telah membuat diet bebas gluten boleh menyebabkan:
- Menggalakkan kekurangan nutrien tertentu fiber, zat besi dan kalsium
- Boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit metabolik
- Menyebabkan penambahan berat badan
- Menggangu microbiome kerana gluten adalah prebiotik
Kenapa diet bebas gluten digembar-gembur?
Tujuan pengiklanan
Orang sanggup berbelanja lebih untuk ikut tren diet, sedangkan ia 1 penipuan. Antara 2004 dan 2011, pasaran produk bebas gluten berkembang pada kadar tahunan 28% , dengan anggaran jualan $2.6 bilion pada 2012 dan mencecah $6.6 bilion pada 2017.
RUJUKAN
- Wheat quality: A review on chemical composition, nutritional attributes, grain anatomy, types, classification, and function of seed storage proteins in bread making quality, PMID: 36908903
- Chemistry of gluten proteins, PMID: 17008153
-
Gluten-Free Diet: Gaps and Needs for a Healthier Diet, PMID: 30650530
-
Metabolic syndrome in patients with coeliac disease on a gluten-free diet, PMID: 25581084
-
The Gluten-Free Diet: Fad or Necessity?, PMID: 28588378