Sumber Kalsium dan Kadar Penyerapan Kalsium dalam Tubuh

Artikel kali ini berfokus kepada sumber kalsium dan kadar penyerapan kalsium dalam tubuh kita. Zat kalsium berasal dari sumber makanan yang dikaitkan dengan produk tenusu, makanan lain seperti sayur-sayuran dan bijirin, makanan yang diperkaya dengan kalsium bukan organik atau organik, dan juga daripada makanan tambahan atau supplemen yang mengandungi kalsium. Selain daripada susu dan produk tenusu, di Malaysia kita boleh dapatkan kalsium daripada ikan sardin yang dbungkus dalam tin dimana tulangnya boleh dimakan dan ikan bilis kering, produk kekacang seperti kacang dhal kuning, tahu dan tempe. (1)

Bukan itu sahaja, malahan makanan yang diproses secara tempatan seperti terasi udang, cincaluk dan budu, serta sayur-sayuran seperti bayam, selada air, daun sawi, cekur manis, daun ubi kayu, kailan dan brokoli juga mengandungi zat kalsium. (1) Pengeluar makanan di Malaysia juga telah menyediakan banyak produk di pasaran yang diperkaya dengan zat kalsium. Produk -produk yang diperkayakan dengan kalsium adalah seperti seperti susu tinggi kalsium, yogurt, bijirin sarapan pagi, biskut dan juga nasi. Jadual 1 di bawah merumuskan kandungan kalsium makanan tempatan di Malaysia.(2)

Jadual 1: Kandungan kalsium dalam makanan di Malaysia.(1)

Sumber Makanan mg/100gram
Produk tenusu
Susu tepung tinggi kalsium 2000
Susu tepung skim 1169
Keju rendah lemak 489
Yogurt rendah lemak 127
Susu rendah lemak 132
Susu krim penuh 109
Daging, ikan,ayam dan sumber kekacang
Ikan bilis 500
Sardine dalam tin 234
Kacang almond 222
Kacang dhal 171
Tahu 135
Tempe 69
Kupang 62
Kacang Pangggang 40
Susu soya 20
Sumber sayur-sayuran
Sai Yong Coi 200
Kai Lan 179
Sawi 138
Bayam 69
Produk yang diperkayakan dengan kalsium
Susu soya tinggi kalsium 180
Roti tinggi calsium 167
Jus oren ( diperkayakan dengan kalsium) 146

Kursus Kecergasan 2025

 

Salah satu faktor yang kita wajib tahu adalah mengenai penyerapan kalsium dalam tubuh kita. Tubuh manusia dewasa yang normal boleh menyerap sebanyak 500 mg kalsium sama ada daripada pemakanan atau makanan tambahan. Namun,apabila dos kalsium meningkat melebihi paras tertentu, kecekapan penyerapan kalsium menurun. Sebagai contoh, tubuh manusia tidak menyerap lebih banyak kalsium daripada satu dos 1,000 mg berbanding dengan satu dos 500 mg. (3, 4) Penyerapan kalsium didalam sistem percernaan  mempunyai dua mekanisme iaitu proses transselular aktif dalam duodenum dan proses paraselular pasif dalam usus kecil. (4)

Proses transselular melibatkan tiga langkah utama. Langkah pertama adalah kemasukan kalsium merentasi brush boarder, dimediasi oleh struktur molekul yang dipanggil CaT1, penyerapan intrasel serta sebahagian besarnya dimediasi oleh protein pengikat kalsium sitosol (CaBP). Chyme atau lebih dikenali sebagai makanan separuh hadam mengambil waktu sekitar 3 jam untuk bergerak ke bawah lumen usus, menghabiskan hanya beberapa minit di duodenum, tetapi lebih 2 jam di bahagian distal usus kecil. Apabila pengambilan kalsium rendah, pengangkutan kalsium transselular menyebabkan sebahagian besar daripada kalsium diserap oleh tubuh kita. Apabila pengambilan kalsium tinggi, pengangkutan transselular meyebabkan hanya sebahagian kecil daripada kalsium yang diserap, kerana masa penghadaman yang singkat. (5)

Oleh kerana itu, sebagai seorang dokter biasanya kita tidak rekomendasi pesakit atau orang awam untuk mengambil supplement yang mempunyai dos yang sangat tinggi. Kesimpulannya, banyak supplement atau produk makanan yang dijual dipasaran mempunyai dos yang melebihi keperluan tubuh kita, namun sebagai pengguna yang bijak kita haruslah mendapat nasihat daripada dokter atau pakar pemakanan yang bertauliah sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan.

 

 

  1. Suriah A, Zainorni M, Shafawi S, Mimie Suraya S, Zarina N, WA WZ, et al. Nutrient intake among elderly in southern Peninsular Malaysia. 1996;2(1):11-9.
  2. Heaney RP, Weaver CMJTAjocn. Calcium absorption from kale. 1990;51(4):656-7.
  3. Bronner F, Pansu DJTJon. Nutritional aspects of calcium absorption. 1999;129(1):9-12.
  4. Bronner FJTJon. Calcium absorption—a paradigm for mineral absorption. 1998;128(5):917-20.
  5. Bronner F. Mechanisms of intestinal calcium absorption. Journal of cellular biochemistry. 2003;88(2):387-93.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: