Diet di Bulan Puasa

Salam Ramadhan bagi yang muslim. Apa khabar semua? Dah masuk hari ke 13 berpuasa wajib bagi muslim. Saya yakin ramai yang dapat rasakan penurunan berat badan. Ada 1 status saya baca di media sosial, turun 10 kilogram dalam masa 6 hari berpuasa.

Persoalan di sini, apa sebenarnya yang turun? Adakah penurunan cepat itu suatu penurunan yang baik? Kalau ikutkan, penurunan saya paling risau adalah di bulan puasa. Bagi yang menjadikan hari pertama puasa sebagai hari pertama diet menurunkan berat badan, penurunan yang awal sebenarnya lebih kepada penurunan berat air.

Dalam masa sama, jika dibandingkan dengan diet sebelum puasa, jika perbezaan kalori sangat ketara, sebagai contoh 2000 kalori kebiasaannya, tetiba jadi 1200 kalori disebabkan tingkap makan yang lebih kecil, ada kemungkinan juga berlaku kemerosotan otot. Jadi penurunan lebih kepada air dan otot.

Paling penting di bulan Ramadhan ini, anda kena pastikan pengambilan kalori yang cukup. Dengan tingkap makanan yang kecil, paling afdal makan ketika berbuka, makan lewat malam dan juga sahur. Pecahkan kalori ikut kesesuaian anda. Elakkan makanan merapu yang boleh didapati di bazaar. Jika tiada pilihan dan terpaksa ke bazaar untuk berbuka, cuba cari pilihan yang terbaik di sana. Mungkin ayam atau ikan bakar.Kursus Kecergasan 2024

Kurangkan pengambilan air manis. Di bazaar memang tak sah kalau takde kepelbagaian jenis air di sana. Kita pula kebiasaan akan ikut nafsu membeli. Setkan hanya 1 menu sahaja untuk berbuka. Bukan 5 ke 6 menu. Elakkan kuih. Walaupun nampak kecil, tapi kuih sebenarnya berkalori tinggi dan tak kenyang. 1 biji karipap sekitar 120 kalori.

Apa-apa pun, jangan jadikan puasa bermatlamat utama turunkan berat badan. Anda perlu ingat tujuan sebenar berpuasa. Ianya untuk memperingati Dia yang tidak makan dan minum. Dapat turunkan berat badan, dapat kesihatan yang lebih baik adalah 1 bonus.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: