Diet Rasulullah – Hadis Palsu

Salam Maulid Nabi, 29 Oktober 2020. Sempena Maulidur Rasul hari ini, tergerak hati saya untuk menulis tentang hadis diet Rasullullah SAW yang disebarkan seperti jangan makan susu dan daging, jangan makan makanan darat dan makanan laut, dan sebagainya.

Hadis yang dinyatakan itu semuanya adalah batil. Semuanya tiada dalam al-Quran dan hadith sahih. Ianya dha’if ataupun palsu. Ia merupakan satu bentuk pendustaan kepada Baginda.

Diet ini tiada dalam al-Qur’an atau mana-mana hadith, sebaliknya ia terdapat dalam kitab Taurat dan Talmud kaum Yahudi. Amalan diet ini sebenarnya adalah diet agama Yahudi yang dikenali sebagai “Kosher” (Hebrew = ??? ) atau “Kashrut” (Hebrew = ??????????).

Kosher/Kashrut adalah set peraturan makanan dalam agama Yahudi sebagaimana yang dijelaskan dalam Torah (Taurat) dan tafsir/syarah bagi Torah iaitu Oral Torah (Talmud). Misalnya larangan memakan daging berserta susu terdapat dalam Exodus 23:19; Exodus. 34:26; serta Deutronomy 14:21 (rujuk disini: http://www.mechon-mamre.org/e/et/et02.htm). Oral Torah (Talmud) ketika mensyarahkan ayat-ayat ini menyatakan bahawa ia bermaksud daging tidak boleh dimakan beserta susu. Kemudian para Rabbai Yahudi memperluas larangan ini mencakupi ayam, iaitu ayam juga dilarang makan bersama susu. Tidak cukup dengan itu kitab Talmud juga melarang mencampurkan daging dan ikan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm).

Bagi Yahudi yang beriman dengan Torah dan Talmud, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan makanan ini, kerana ia adalah arahan Tuhan bagi mereka sebagaimana yang dikhabarkan dalam kitab “suci” mereka. Para saintis Yahudi menjelaskan bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai hikmah agar lebih menyihatkan badan tiada buktinya dari segi sains.

Maka para Rabbai Yahudi menyimpulkan “kita mengikut peraturan ini semata-mata kerana ia arahan Tuhan” atau Islam menyebutnya “ta’abbudi”. Para Yahudi mematuhi peraturan makanan ini sebagaimana para Muslimin mematuhi peraturan makanan yang disyariatkan dalam al-Qur’an dan Hadith tanpa soal iaitu dengan semata ta’abbudi. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Why).

Jadi, kita ikut Islam atau Yahudi?

Apakah diet Rasul yang Sahih?

Diet Rasul yang sahih adalah beliau tidak makan makanan halal dalam jumlah yang banyak. Nabi bersabda, “Seorang mukmin makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut”. HR al-Bukhari, no 5392.

Pernah dengar ayat, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang? Ia ayat dalam kitab syi’ah, hadith syi’ah karya al-Sayyid al-Thabathabaie bab makanan dan minuman, halaman 266. Manakala dalam Hadith al-Bukhari no 6452, Nabi pernah suruh Abu Hurairah minum susu sehingga penuh kenyang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: