Otot Tinggi Bakar Lebih Kalori Ketika Bersenam

Metabolisme aku rendah

Apabila orang bercakap tentang metabolisme, mereka secara amnya merujuk kepada kadar metabolisme — kadar di mana badan membelanjakan tenaga, atau membakar kalori. Kadar metabolisme untuk tempoh 24 jam  dipanggil jumlah perbelanjaan tenaga (TDEE)  dan dinyatakan sebagai kalori. Tenaga ini digunakan untuk proses penting dan sintesis bahan organik baharu. Setiap organisma hidup mengambil nutrien dan bahan yang bertindak sebagai binaan untuk pergerakan, pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan. Semua tindakbalas ini dikawal oleh enzim iaitu protein dengan fungsi khusus dalam anabolisme dan katabolisme. Kadar penggunaan tenaga dipanggil kadar metabolik basal (basal metabolic rate-BMR)  dan dipengaruhi oleh faktor seperti jantina, bangsa, senaman, diet, umur, dan penyakit.

Kursus Kecergasan 2025

Badan Membakar Kalori

Badan anda membakar kalori melalui aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan atau menaiki tangga. Tetapi ia juga membakarnya dengan melaksanakan fungsi fisiologi yang paling asas seperti bernafas, jantung berdegup, peredaran darah dan sebagainya. Berikut adalah pecahan pembakaran kalori.

 

???????

1- Perbelanjaan tenaga aktif 

  • NEAT – Non Exercise activity thermogenesis

Tenaga yang anda keluarkan untuk berjalan, duduk, mengemas rumah,  membasuh pinggan, berkebun, berkerja dan sebagainya.

  • TEF – Thermic effect of food

Kesan terma makanan iaitu tenaga yang anda bakar untuk mencerna, menyerap, dan memetabolismekan makanan yang anda makan.

  • EAT- Exercise activity thermogenesis

Semua aktiviti senaman seperti berlari dan mengangkat beban.

2- Perbelanjaan tenaga  tidak aktif

  • BMR – Basal Metabolic Rate

Metabolisme basal (tenaga yang anda keluarkan setiap hari untuk hanya hidup- memastikan organ anda berfungsi, menjalankan proses asas sel dan sebagainya.

Penyelidikan juga telah dibuat untuk mengetahui berapa nilai tenaga yang dibakar setiap hari melalui BMR melalui penggunaan kalori organ dalam badan.

Organ Kalori Diperlukan Ki values

(in kcal · kg?1 · d?1)

Hati 200
Jantung 440
Buah Pinggang 440
Otot 13
Tisu lemak 4.5
Organ lain (seperti kulit, usus, tulang, dan paru-paru) 12

Berapa pembakaran kalori otot?

fat vs muscle

Pembakaran kalori otot semasa tidak aktif

Otot rangka membakar kira-kira 13 kalori per kilogram (6 kalori per paun) setiap hari semasa rehat (tidak aktif) Oleh itu,

Contoh:
Berat badan 80 kg dan berat otot 20kg . Pembakaran kalori 20kg x 13 kcal = 260 kcal. Apabila  membina 5 kg  otot akan meningkatkan perbelanjaan tenaga anda kira-kira 65 kalori setiap hari. 260 +65 = 325 kcal semasa tidak aktif.

Pembakaran kalori otot semasa aktif

Melalui artikel terdahalu, pernah menerangkan cara untuk meningkatkan pembakaran kalori melalui senaman.

Berdasarkan hukum fizik tenaga

Kalori ialah unit tenaga dan skala perbelanjaan tenaga dengan jumlah kerja yang anda lakukan, dengan mengandaikan ekonomi pergerakan kasar tidak berubah secara radikal. Jadi menggunakan definisi fizik kerja:

Kerja = Daya × Jarak.

Daya = Jisim × Pecutan.

Jadi,

Kerja = Jisim × Pecutan × Jarak.

Dalam erti kata lain, jika pecutan dan jarak kekal malar (iaitu, jika anda bergerak kira-kira jumlah yang sama, dengan cara yang sama) kerja, dan oleh itu perbelanjaan tenaga, skala kira-kira 1:1 dengan jisim.

JADI, JUMLAH TIDAK AKTIF + AKTIF

Seperti contoh diatas tadi, semasa tidak aktif berat otot 25 kg bakar 325 kcal.

Semasa dia aktif, 1 kg otot akan meningkatkan jumlah perbelanjaan tenaga anda sebanyak kira-kira 24 kalori. Jika sangat aktif (contohnya, seorang atlet elit), pertambahan 1 kg otot meningkatkan jumlah perbelanjaan tenaga sehingga 30-32 kalori setiap kg. Tetapi, bagi kebanyakan orang, kebanyakan masa, 18-20 kalori setiap kg adalah anggaran yang sesuai.

KESIMPULAN

Pertambahan otot meningkatkan pembakaran kalori termasuk ketika anda tidak aktif apatah lagi jika anda sangat aktif.

RUJUKAN

  1. Specific metabolic rates of major organs and tissues across adulthood: evaluation by mechanistic model of resting energy expenditure, PMID: 20962155
  2. Increasing muscle mass to improve metabolism, PMID: 23805405

  3. How many additional calories does each pound of muscle burn?

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: