Elak Sakit Lutut, Kuatkan Otot!

Kuatkan otot di sekitar otot untuk mengurangkan tekanan pada lutut

Mengapa lutut selalu sakit?

Sebelum itu, mari kita belajar tentang lutut dahulu.

Lutut kita bertindak untuk meluruskan dan melenturkan kaki. Di bahagian itu juga, terdapat tiga tulang iaitu femur, tibia dan patella. Tiga tulang ini boleh retak dan menyebabkan sakit lutut.

Apabila lutut kita sakit, susah untuk kita berjalan dan melakukan sebarang aktiviti sukan.

Apa yang menyebabkan lutut sakit?

Dua sebab. Pertama, sebab umur. Kedua, sebab ketegangan yang berpanjangan pada lutut.

Mari kita fokus kepada perkara kedua.

Apa yang dimaksudkan dengan ketegangan yang berpanjangan pada lutut?

  1. Boleh jadi ia berpunca daripada kasut yang kita pakai. Kita memerlukan kasut yang khas dan selesa untuk kita bersenam. Pastikan kasut tersebut ada kandungan kusyen yang baik.
  2. Tidak melakukan regangan pada otot bawah badan. Apabila otot bawah badan seperti hamstring dan lain-lain tidak diregangkan, maka intens pada senaman akan dibebani oleh lutut. Kita hendaklah elak perkara tersebut.
  3. Kuatkan otot di sekitar lutut seperti paha. Lakukan squat di gim. Lakukan juga senaman-senaman lain yang berbentuk latihan beban untuk menguatkan otot di sekitar lutut. Tanpa otot bawah badan yang kuat, maka berat badan kita akan bergantung kepada lutut.

Kuncinya, menurut banyak sumber yang telah dibaca oleh penulis, otot bawah kaki perlu kuat supaya berat badan kita tidak bergantung kepada lutut. Akhirnya, akan menjejaskan kesihatan lutut itu sendiri.

Ada tak senaman khas untuk kuatkan lutut?

Ada beberapa senaman dan regangan yang boleh kita amalkan:

  1. Leg extension. Ini merupakan senaman untuk menguatkan quadricep. Quadricep yang kuat akan mengurangkan beban pada lutut.
  2. Hamstring curl. Pergerakan ini lawan kepada leg extension.
  3. Calf raises. Senaman ini menguatkan otot betis.
  4. Squat.

Lakukan senaman-senaman ini dengan intensiti sederhana dan repetisi tinggi agar otot di sekitar lutut itu benar-benar berkembang dan menguat.

Rujukan

  1. https://www.oastaug.com/how-to-prevent-the-4-most-common-knee-injuries/#:~:text=Prevention%20Tips,you%20begin%20more%20rigorous%20activities.
  2. https://www.drabeles.com/blog/9-tips-for-preventing-knee-injuries
  3. https://www.everydayhealth.com/knee-pain/how-to-avoid-knee-injuries.aspx
  4. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/knee-pain-and-problems#:~:text=What%20You%20Need%20to%20Know,cartilage%20tears%2C%20tendonitis%20and%20arthritis.
  5. https://www.healthline.com/health/exercises-for-knee-pain#strengthening-exercises

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: