Apa itu PCT?

Asyik dengar sebut PCT boleh cuci steroid. Betul ke? Untuk pengetahuan semua, PCT adalah post cycle therapy yang digunakan selepas kitaran steroid, SARM atau apa sahaja bahan yang meningkatkan hormon di dalam badan. PCT digalakkan untuk mengembalikan homeostasis dan kesuburan pengguna.

Kenapa PCT?

Bila ada hormon luaran di dalam badan, reseptor-reseptor berkaitan akan beri tindak balas kepada otak untuk mengambil tindakan segera.

Antara tindakan proses tersebut adalah;

  • Menghentikan proses semula jadi pengeluaran hormon tersebut. Contohnya, menutup sementara fungsi testis.
  • Menukar hormon tersebut kepada bentuk lain.
  • Memberi maklum balas kepada sistem badan untuk proses ‘troubleshooting‘.

Pengguna selalunya akan mula rasa kesan sampingan pada pengakhiran kitaran selepas 4 minggu. Ini selalunya bergantung pada dos, bahan dan tempoh pengguna.

Kursus Kecergasan 2021

Kesan ini akan ambil masa yang agak lama untuk dipulihkan dan boleh mempengaruhi mood, libido dan keadaan mental pengguna. PCT dapat mempercepat proses pemulihan berbanding penyembuhan secara semula jadi.

PCT dapat bantu blok proses konversi hormon kepada hormon tidak dikehendaki seperti estrogen, prolactin, DHT dan lin-lain. Ini dapat bantu pengguna untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Bagaimana menentukan PCT terbaik untuk seseorang?

Kita tidak boleh guna formula ‘copy paste’ yang digunapakai oleh ahli bina badan. Pengguna disarankan buat ujian darah sebelum dan selepas habis kitaran untuk melihat perubahan dan menentukan PCT apa yang sesuai.

Apa yang perlu diuji?

Setiap lab ada servis yang berbeza. Pastikan mereka ada ujian untuk;

  1. CBC
  2. CMP-14
  3. Cortisol Level
  4. Test for reproductive hormones.
  5. Insulin
  6. Thyroid hormones

Sekiranya ada perubahan baseline ini, bergantung pada perubahan, tempat terjejas dan sebagainya, baru mulakan rawatan PCT. Bukan PCT bengong dalam gim.

Untuk pengetahun anda, PCT juga boleh bawa kesan sampingan tambahan. Ada yang boleh tambah risiko kanser dan sebagainya. Tiada istilah cuci steroid.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3827559/
  2. https://nida.nih.gov/publications/research-reports/steroids-other-appearance-performance-enhancing-drugs-apeds/introduction
  3. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0105330
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3827559/
  5. https://www.researchgate.net/publication/310590513_Post-cycle_therapy_for_performance_and_image_enhancing_drug_users_A_qualitative_investigation
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6670144/
  7. https://www.doping.nl/media/kb/6914/Griffiths%20et%20al%202016.pdf

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: