Kenapa Betis Kecil?

Senaman ini perlu dilakukan dengan kekerapan yang tinggi untuk menguatkan otot betis

Otot betis yang cantik merupakan satu perkara yang penting bagi atlet bina badan. Namun, sesetengah individu tidak menikmati betis yang berotot meskipun sudah melakukan latihan beban bagi bahagian bawah badan.

Otot betis terbahagi kepada dua:

  1. Grastrocnemius – Bahagian luar betis, fungsinya untuk melenturkan tumit dan melenturkan lutut
  2. Soleus – Bahagian dalam betis, fungsinya untuk meluruskan tumit, lawan lentur

Sudah banyak kali bersenam pun, betis masih nampak tidak berotot.

Kenapa?

Ini kemungkinannya:

  • Genetik

Memang genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan otot seseorang, namun kerja keras sentiasa akan mengalahkan genetik.

  • Tidak cukup volume latihan

Harus bersenam dengan lebih kuat lagi!

Lebihkan repetisis, tingkatkan set, atau naikkan kekerapan, cuba buat latihan untuk betis 2 atau 3 kali seminggu.

  • Tidak melakukan senaman yang pelbagai

Variasi dalam senaman itu sangat signifikan.

Mungkin, senaman variasi lain itu akan memberi kesan sedikit berbeza berbanding variasi yang lagi satu. Ia amat penting untuk menyasarkan fiber otot tertentu pada betis.

Penutup

Lakukan senaman untuk betis dengan intensiti yang tinggi dan volume latihan yang tinggi juga.

Rujukan

  1. Why Your Calves Are Skinny and How to Fix Them. https://fitnessvolt.com/skinny-calves-solution/
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: