Faktor Mempengaruhi Sakit

Setiap orang mungkin rasa sakit yang berbeza walaupun kecederaan yang sama. Entri kali ini, berkisar tentang jalan kesakitan, sama ada sakit biasa atau teruk diterima oleh nociceptor dan di hantar ke otak untuk pemprosesan. Proses ini berbalik, otak akan hantar signal untuk beri respon pada stimulus, sama ada dari segi kelakuan atau fisiologikal (membengkak dan sebagainya). Ini apa yang dipanggil reflek.
Faktor Pencetus Sakit
Sakit boleh dipengaruhi daripada faktor biologi, sosial dan fisiologi. Faktor biologi termasuk usia, keadaan perubatan seseorang, pengambilan ubat, genetik dan sebagainya. Faktor sosial termasuk kepercayaan masyarakat, penerima orang sekeliling dan diri sendiri, tempat berlaku kecederaan, aktiviti harian dan sebagainya. Manakala fisiologi termasuk tekanan, kepercayaan, mood, harapan dan sebagainya.
Sebagainya contoh, seseorang yang cedera, percaya sakitnya takkan sembuh atau lambat, ia akan mempengaruhi tekanan, kemurungan, kadar nadi, aktiviti otot, spasm dan sebagainya. Berbeza dengan seorang yang percaya dia boleh sembuh. Banyak kajian berkaitan faktor luaran ini. Tengok bahagian rujukan di bawah.
Pergantungan Pada Ubat
Biasanya apabila sakit, kita akan dipreskrip ubat tahan sakit seperti iboprofen, paracetamol PCM dan sebagainya. Ia bantu mengawal sakit sementara tapi bukan membetulkan masalah tersebut. Jadi, kitaran yang biasa di buat bila berlaku kecederaan, adalah berehat, makan ubat tahan sakit, dan ulang kembali.
Banyak lagi sebenarnya faktor termasuk;
- Postur badan
- Diet
- Kesihatan mental
- Tidur
- Pergerakan dan biomekanik
- Anatomi
- Aktiviti harian
- Sejarah kecederaan
- Persekitaran
Jadi setiap kecederaan, kemungkinan beri kesan sakit berbeza. Ia tidak boleh disamaratakan cara rawatan. Tiada satu rawatan sesuai untuk semua. Dalam kerjaya sebagai seorang terapi senaman pun bukan bermaksud mahir semua benda.
Rujukan