Kuatkan Otot Dapat Halang Nyanyuk Kata Arnold

Arnold Schwarzenegger atau The Austrian Oak dalam satu artikelnya baru-baru ini menjelaskan bahawa latihan beban dapat menghalang mana-mana penyakit otak seperti demensia dan alzheimer.

Maka, artikel ini akan melakukan rujukan lanjut terhadap kajian-kajian terkini. Adakah benar apa yang diperkatakan oleh Arnold ini? Mari kita sama-sama belajar.

Sebelum itu, sekiranya anda berminat untuk membaca prinsip-prinsip asas untuk membina otot menurut Arnold Schwarzenegger, anda boleh klik pada pautan berikut: Prinsip Asas Bina Otot Menurut Arnold Schwarzenegger.

Kursus Kecergasan 2024

Menguatkan otot dapat menjauhkan anda daripada penyakit otak seperti demensia dan alzheimer

Menjelaskan ini, Arnold Schwarzenegger berkata:

Demensia dan alzheimer adalah penyakit atau gangguan yang kompleks, tetapi kita mula memahami lebih lanjut tentang perkembangannya. Kajian mencadangkan bahawa hippocampus anda – kawasan otak anda yang fungsinya untuk pembelajaran dan memori – disasarkan oleh penyakit neurodegeneratif. Latihan beban nampaknya melindungi daripada – atau menghalang sepenuhnya – atrofi di bahagian tersebut, yang boleh membantu melindungi anda daripada alzheimer. Kesan insulin juga dikaitkan dengan alzheimer, dan latihan beban membantu meningkatkan sensitiviti insulin.

Dalam kenyataan ini, Arnold cuba untuk mengkorelasikan antara kelebihan latihan beban pada otak dan di mana penyakit seperti alzheimer bermula. Ternyata, kedua-duanya ini bertemu di hippocampus. Maka, benarlah adanya kaitan antara latihan beban dengan penghalangan penyakit otak.

Analoginya, apakah kesan latihan beban pada sendi? Sebab, kita selalu mendengar bahawa untuk menghalang sendi daripada senang patah, seliuh dan sebagainya, kita perlu menguatkan otot-otot disekelilingnya.

Sebagai contoh, sakit lutut. Bagaimana untuk mengurangkan sakit pada sendi lutut? Jawabnya, kuatkan otot peha. Otot-otot di sekeliling sendiri sekali gus menguatkan sendi itu sendiri.

Samalah seperti kes Arnold ini. Latihan beban mencerdaskan otak lalu menghalang otak terkena apa-apa penyakit.

Sambung Arnold lagi:

Dapatkan ini terpalikasi kepada semua orang, tetapi keperluan untuk mengangkat berat mungkin lebih mendesak bagi wanita. Kajian memperlihatkan bahawa ketidakaktifan fizikal adalah faktor risiko yang lebih besar untuk gangguan kognitif kepada golongan wanita. Satu kajian mengamati sekelompok wanita selama 44 tahun dan mendapati bahawa peserta yang paling kurang aktif adalah yang paling berkemungkinan mengalami demensia di kemudian hari. Imbasan otak telah mendapati lebih sedikit biomarker alzheimer pada individu aktif berbanding mereka yang kurang bergerak.

Kenyataan ini membentang satu kajian yang mengatakan mereka yang lebih aktif bersenam adalah lebih jauh terkena apa-apa penyakit otak berbanding mereka yang pasif. Ini saja membuktikan betapa bersenam itu adalah satu kewajipan kepada semua orang.

Walaupun anda mempunyai jenis genetik yang meningkatkan kemungkinan terkena alzheimer, penyelidikan bertindih mendapati bahawa gaya hidup dan faktor persekitaran membentuk peratusan yang ketara daripada apa yang menentukan untuk didiagnosis. Dengan kata lain, gen anda mempunyai suara yang besar, tetapi latihan, diet yang baik, dan tabiat sihat yang lain boleh mempengaruhi atau mengubah nasib anda menjadi lebih baik.

Ini menegaskan bahawa memanglah genetik mungkin mewariskan sesuatu penyakit kepada anda, namun perkara yang jauh lebih penting ialah gaya hidup anda sendiri. Kalau anda hanya ada gen tertentu semata-mata, itu tidak menguatkan anda daripada terkena apa-apa penyakit.

Sebagai contoh, sakit mental. Sakit mental boleh diwarisi melalui genetik, namun sekiranya anda konsisten mengamalkan gaya hidup yang menyihatkan minda, anda pasti akan jauh daripada apa-apa penyakit mental.

Pokoknya, gaya hidup adalah jauh lebih signifikan berbandin genetik.

Kesimpulan

Bersenam secara umumnya adalah sangat penting untuk menjamin sihatnya tubuh badan pada masa depan.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: