Genetik Obesiti

Boleh ke gemuk disebabkan genetik? Satu persoalan yang menarik bagi mereka yang sentiasa salahkan genetik. Keturunan gemuk, jadi cucuk cicit wajib gemuk.
Ada lebih 400 genetik berbeza penyebab obesiti atau kegemukan. Genetik main peranan dalam pelbagai cara, seperti selera makan, tak rasa kenyang, metabolism, ketagihan makanan, menyebaran lemak dan kecenderungan gunakan makanan untuk atasi tekanan. Agak jarang berlaku obesiti disebabkan genetik. Genetik yang terlibat, MC4R yang mengubah melanocortin 4 receptor. Angaran yang terlibat kurang daripada 5 peratus. Kanak-kanak yang terlibat akan sentiasa rasa lapar, hyperphagia.
Banyak sebenarnya kajian yang cuba kaitkan genetik dan obesiti. Boleh kata hampir kesemua kajian tunjuk terlalu sikit kesan pembawakan genetik. Genetik bukan penyebab sseorang tidak boleh kurus. Gaya hidup jadi penentu. Jika seseorang membesar dalam keluarga yang tidak sihat, dia akan membesar dengan obesiti. Pada tahun 2008, Andreasen buat kajian pembawakan genetik obesiti. Seramai 17,058 subjek diuji. Mereka yang bawa genetik obesiti dan tak aktif lebih tinggi BMI berbanding mereka yang aktif.
Kajian
1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17942823/
2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17122358/
3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9519560/
4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17496892/
5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17434869/
6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19506576/
7. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3137002/