Lipedema

Apa itu lipedema?

Lipedema adalah kondisi di mana lemak berlebihan berkumpul di bahagian bawah badan. Biasanya melibatkan punggung, kaki dan betis. Ada sesetengah kes melibatkan bahagian atas juga. Lipedema dengan lymphedema dua benda berbeza. Lipedema boleh jadi lymphedema jika dibiarkan.

Apa yang menyebabkan lipedema?

Punca sebenar tak diketahui. Ia biasanya diwarisi dalam keluarga. Selalunya perempuan, ia mula jadi teruk bila akhil baligh, mengandung dan menopause. Lipedema bukan disebabkan obesiti tapi lebih separuh pesakit lipedema adalah obes.

Apa symptomnya?

– Lemak di bina di punggung, peha, betis dan ada ketikanya di atas lengan. Kebiasaannya tiada bengkak kecuali masalah kronik kekurangan vena atau lymphedema
– Sakit
– Jika teruk, ia mungkin ganggu keupayaan anda untuk berjalan
– Biasanya ada masalah emosi sekali, rasa malu, depresi, dan segan
– Lama kelamaan apabila lemak semakin bertambah, ia boleh blok jalan limphatic. Ia akan bentuk cecair yang dipanggil lymph. Ia dikenali sebagai secondary lymphedema atau lipo-lymphedema

Kursus Kecergasan 2021

Bagaimana merawat dan mengawal?

Perubahan gaya hidup perlu dibuat daripada segi diet dan senaman. Lipedema adalah 1 penyakit, bukan semata-mata kegemukan biasa. Doktor mungkin akan cadang terapi seperti urutan lymphatic atau complex decongestive therapy. Ada kes mungkin perlu buat liposuction untuk kurangkan sel lemak. Jika anda ada lipedema dan juga obes, doktor mungkin cadang buat pembedahan bariatric.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: