Bolehkah Sit-up Menghilangkan Perut Buncit?

Perut buncit tidak sihat, perlu lakukan kardio dan amalkan diet seimbang

Ramai orang nak hilangkan perut buncit. Perut buncit ini memang masalah besar. Kalau ada perut buncit, seolah-olah nampak tidak lagi cantik dan kacak. Apatah lagi, orang yang ada perut bunci ini nampak tak fit!

Jadi, ramai orang yang mahu hilangkan perut buncit. Ramai juga yang pernah berikan nasihat untuk buat itu dan buat ini supaya hilangkan perut buncit. Antaranya, lakukan sit-up. Sepertimana yang kita semua tahu, sit-up merupakan satu senaman yang sangat bagus untuk abdomen, iaitu perut kita. Tetapi, adakah sit-up boleh menghilangkan perut buncit?

Sebenarnya, ada jenis lemak yang membawa kepada perut buncit dan seluruh badan kita:

  1. Visceral: Lemak yang mengelilingi organ badan kita.
  2. Subcutaneous: Lemak yang berada di bawah kulit.

Dari sudut kesihatan, visceral lebih bahaya berbanding subcutaneous. Kita mahu buang perut buncit sukan sekadar untuk mendapatkan badan yang cantik, tetapi badan yang sihat. Tahukah kita bahawa perut buncit lebih mendedahkan kita kepada macam-macam penyakit? Antaranya strok, darah tinggi, kanser payu dara dan lain-lain.

Ada pelbagai faktor yang menjadikan kita buncit seperti diet yang tidak seimbang, tidak bersenam dengan kerap, stres, tidur tak cukup, merokok dan sebagainya.

Jadi, sekarang kita mahu hilangkan ia dengan sit-up. Bolehkah dengan sit-up sahaja menghilangkan perut buncit?

Jawabnya, tidak boleh. Eh, kenapa pula?

Sit-up merupakan satu senaman yang fokus untuk menguatkan teras badan. Ia tidak secara khususnya membakar lemak di perut. Sekiranya kita mahu membakar lemak di perut, kita harus melakukan senaman yang memberi kesan kepada seluruh badan seperti joging, berlari, bermain futsal, berbasikal dan sebagainya.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sit-up sahaja. Mungkin sit-up dapat membakar lemak badan kita, tetapi tidak begitu signifikan kerana pergerakan tersebut ialah pergerakan menguatkan otot, bukannya membakarkan lemak.

Apabila kita melakukan sit-up, kita hanya menguatkan otot sahaja, lemak yang ada di dalamnya itu tetap ada. Sebab itulah kita harus melakukan senaman yang fokus untuk membakar lemak juga seperti skipping dan lain-lain.

Senang cerita, nak membakar lemak ini kita harus lakukan cardio.

Mahu buang perut buncit, turunkan berat badan seluruh badan kita, bukannya fokus untuk melakukan senaman-senaman abdomen sahaja macam crunch dan lain-lain.

 

Rujukan

  1. Let’s bust a myth Doing sit-ups will banish belly fat. https://www.healthmates.com.au/blog/sit-up-myths
  2. Will Sit-ups Burn Off Your Belly Fat? https://health.clevelandclinic.org/can-sit-ups-reduce-abdominal-fat/

 

 

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: