Gout

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Kursus Kecergasan 2024Kebiasaanya rawatan dilakukan dengan ubat anti-radang, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), steroid atau colchicine. Setelah kesakitan menurun, tahap asid urik biasanya menurun melalui perubahan gaya hidup. Meraka yang selalu kena gout biasanya diberi allopurinol atau probenecid untuk pencegahan.

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Majoriti kes daripada masalah buah pinggang manakala minoriti disebabkan pemakanan. Saya taknak bercerita pasal masalah buah pinggang, genetik dan sebagainya dahulu.

Ada orang kata, orang yang aktif bersenam dan ahli bina badan berisiko dapat gout disebabkan pengambilan protein yang tinggi. Betul ke? atau secara lebih tepat, gout disebabkan makanan yang tinggi kandungan purine. Secara amnya mereka yang aktif atau seorang atlet bina badan memerlukan protein yang tinggi dan secara kebetulan kebanyakan jenis protein tinggi purine.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Apakah makanan yang tiada purine? Telur dan produk tenusu tinggi protein tetapi tiada purine bergantung pada campurannya. Produk susu seperti yogurt dan keju mengandungi purine disebabkan bakteria yang hadir semasa proses penapaian. Walaubagaimana pun, kandungan purine nya terlalu sedikit. Purine diperlukan badan tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Mereka dengan risiko gout disebabkan beberapa faktor masih boleh mengambil protein yang tinggi, cuma perlu kurangkan protein yang tinggi purine. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengambil makanan tinggi vitamin C. Nenas berkesan untuk pesakit gout. Omega-3 dalam minyak ikan, minyak flaxseed boleh membantu mengurangkan kesakitan disebabkan keradangan. Bagaimana dengan produk makanan tambahan? Mereka boleh mengambil protein whey cuma perlu dielakkan kebanyakan produk weight gainer.

Bersambung

Gout 2

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

37 thoughts on “Gout

  1. hello dato nak bertanya ni…skira nya diet boleh ka kalau saya banyak menggunakan buah dlm diet harian saya???misalnya saya suka buah mangga..ada yg mengatakan gula dlm buah xbgus sbb time diet kena elakkan buah…adakah itu btul???sbb dah xlarat nak makan benda yg tawar jd saya byk menggunakan buah utk diet harian atleast ada juga benda yg ada rasa utk d makan…

    1. jgn terlalu byk. jika tgh diet, antara prefereble buah cam buah epal hijau, anggur, jambu dll.

      1. Kawan sy ckp anggur tgi kandungan gula.

        1. btul. tp x terlalu tinggi seperti gula segera dari tebu, durian dll. n anggur membantu dlm blood pump.

  2. mcm mana nak kurangkan asid urik dlm badan.ada tak makanan semulajadi yg dpt membantu

  3. Dato’ blh x bt entri berkenaan makanan pedas, apa efeknya kepada bina badan,

  4. maaf mencelah sbb x kna topik apakah maksud training short failure dengan failure

      1. perbezaan antara training short failure dengan failure

  5. ayat last tu…
    “Mereka boleh mengambil protein whey cuma perlu dielakkan kebanyakan produk weight gainer.”…tapi kenapa?

      1. salam dato, soalan pertama..saya berumur 26..penghidap gout.. dah setahun xde serangan.. yang saya pelik,ayam, daging dan makanan laut semua saya boleh makan.. xde pantang..cuma daging merah sahaja saya tak berani usik, sebab last saya kene serangan sebab makan daging merah separuh masak..saya amal makan sayur dan minum air suam banyak..mcmne tu dato? org kata makanan yg trigger akan menyebabkan serangan gout..contoh ade yg makan daging kene serangan.. ade yg makan daging xde serangan..ade org sampai semua jenis makanan ayam daging makanan laut tak boleh makan..adakah saya diperingkat tahap biasa?atau makanan trigger saya daging merah.. saya ade juga makan daging kambing.. tapi xde ape2..atau amalan saya suka minum air suam banyak..ade saya buat research, minum air suam banyak dapat cegah serangan..kira die flush urid asid keluar.. soalan kedua, macam mane nak tahu ”kebanyakan” weight gainer yg dato cakap tu tinggi purine atau tidak? dari segi kandungan tinggi protein? saya takut kalau ambik weight gainer akan kene serangan gout.(minta maaf kalau saya bertanya banyak 🙂 )

        1. perbezaan individual sukar nak buat comparisan. takde data yang jelas. cuma individu saja yang tahu biasanya. weight gainer boleh check di label.

  6. salam lebaran dato zaki khan… dan pada semua pembaca blog zakikhan ni.. eid mubarak… saya ade soalan la dato, knape lepas WO saya akan terasa kebas ditangan dan kaki? xsakit tp just rasa kebas.. biasanya rasa kebas di tapak tgn kanan dan di ankle kanan saya.. perkara biasa ke dato?

    1. bdn skrang camna? obese? kurus? bila last buat medical check-up

  7. berat skang 86kg tinggi 171cm..
    belum buat bodyfat % lagi dato..
    last wat checkup dah lebih setahun yg lepas..
    start WO dah hampir 3bulan…

  8. umur 26 dato…
    sejarah sakit xde lagi buat masa ni sehat walafiat…
    family ayah ade darah tinggi… mesti dato suspect saya darah tinggi? naik cuti saya akan wat checkup secepat mungkin.. sbb masih kt kg lg ni….

  9. antaranya? boleh tau tak dato?

    1. maybe saluran darah, menyebabkan masalah tekanan n kurang pengaliran darah ke tempat tertentu, mungkin juga jantung, n mungkin jika hanya muscle imbalance, n possibility lain.

  10. salam, sy nak tanye…sy ade penyakit gout..baru baru ni sy ade mengambil fat burner , dan telah menjalankan diet dan senaman kardio hampir setiap hari.tapi semalam selepas habis kardio(jalan cepat) di atas treadmill , sendi sy terasa sakit dan pada pagi ini gout datang menyerang, pertanyaan sy adalah ..adakah kerana sy mengambil fat burner atau perkara lain yang menyebabkan terjadi nya gout ini..

    1. mungkin disebabkan fat burner tu membantu memecahkan protein. atau mungkin ada penambahan makanan yg tinggi purine.

  11. Salam dat0…sya ada gaut d bahagian kaki..so jika sya bwt cardio d treadmill esoknya sure kaki bengkak mean kena ga0t so latihan apa yg sesuai utk aerobik ya..?

    1. pemakanan kena monitor baru tak dtg n dtg gout. Kalau teruk, buat low intensity dulu, mungkin basikal.

  12. Saya mengalami kesakitan pergelangan kaki (belakang), tumit dan kadang kala lutut sekiranya kerap dan terlalu lama berdiri dan berjalan dalam suatu masa apatah lagi klu ‘hiking’. Adakah ini disebabkan gout atau perkara-perkara lain? Buat makluman Dato’ saya pernah terlibat dengan kemalangan pada Dis 2005.

  13. Salam Dato’, apakah effect kepada body builder sekiranya merokok?

  14. sy ada penyakit gout,tetapi sy nak buat body builder skrg. protien apakah yg sesuai sy ambil?? apakah protein yg bagus tanpa produk soya dan kekacang?? mohon cadangan

  15. Assalamualaikum nak tanya , macamana nak tau protein tu tak ada purine? Saya pesakit gout dan sedang diet , boleh ke saya nak ambil milk protein concentrate ( MPC )

    1. waalaikumsalam. saya tak buat pula senarai makanan purine. Tengok la kalau ada kesempatan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: