Kaki Patah Sebab Leg Press

Ramai sudah lihat video yang menayangkan kejadian mengerikan di mana kaki seorang abang sado terlipat berlawanan arah (seperti patah dua) semasa melakukan senaman pada mesin leg press. Macam mana kejadian begini boleh berlaku?

Adakah individu tersebut menggunakan beban yang terlalu berat? Ataupun ada kesalahan pada teknik semasa senaman? Banyak faktor yang boleh mendorong kepada kejadian begini.

Kursus Kecergasan 2024

Apa Telah Berlaku?

Gambar ini menunjukkan detik cemas  di mana seorang lelaki terpatah kaki pada bahagian lutut semasa melakukan leg press. Gambar tersebut adalah screenshot daripada video yang dimuatnaik oleh akaun Facebook Syed FA Ahmad.

Aiman Radzi - Kaki Patah Sebab Leg Press

Jika berpandukan video, mangsa telah memakai knee wraps untuk membantu beliau menolak lebih berat. Berapa berat yang beliau guna? Saya kira melebihi 300kg, mungkin sekali lebih 400kg (jika semua plate yang digunakan adalah plate 20kg). Selepas beberapa rep, kejadian ngeri tersebut berlaku. Kaki kiri beliau terlipat berlawanan arah, dan jurukamera pun mula bergegas untuk membantu.

Kecederaan Yang Ditanggung

Sememangnya tidak jelas apa jenis kecederaan yang telah berlaku ke atas mangsa.  Berkemungkinan beliau mengalami kecederaan (kepatahan, retak, atau lain-lain) pada tulang tibia (tulang kering) ataupun tulang femur (tulang peha). Kepala lutut juga boleh terkeluar daripada tempatnya.

Ada kemungkinan juga mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian posterior cruciate ligament, antara struktur terkuat dalam lutut yang mengelakkan pergerakan hyperextension pada lutut, iaitu terlebih lurus, atau dalam kes ini, patah terbalik!

Squat Vs. Leg Press

Ramai sangka senaman leg press lebih selamat daripada melakukan squat kerana leg press tidak mengenakan beban pada pinggang. Itu kata mereka, sedangkan senaman leg press sangat membebankan tulang belakang.

Squat adalah senaman yang selamat, sama dengan leg press. Dengan syarat, ia dilakukan dengan betul. Mereka yang melakukan sebarang senaman tanpa teknik yang betul, tambahan dengan beban yang terlalu berat, turut boleh mengundang kecederaan.

Untuk membina otot, squat mungkin dapat dikalahkan oleh senaman leg press. Sememangnya, tidak diakui leg press lebih praktikal untuk membina badan kerana tension bebanan. Tetapi, jika dipertimbangkan aspek kekuatan, squat adalah lebih baik untuk membina badan kerana apabila anda menjadi lebih kuat dalam senaman-senaman utama ini, anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membina otot.

Cara Selamat Untuk Leg Press

Cara Selamat Untuk Leg Press

  1. Duduk dengan merapatkan belakang kepada kerusi secara sepenuhnya.
  2. Letakkai kaki rapat dengan mesin leg press.
  3. Pastikan tumit tidak terangkat semasa hendak menolak.
  4. Kaki seharusnya berada pada 90 darjah pada sendi lutut.
  5. Lutut dan kaki mesti selari supaya lutut tidak terpusing.
  6. Keraskan otot perut semasa menolak beban.
  7. Jangan luruskan lutut dengan penuh.
  8. Jangan tolak beban dengan bantuan tangan pada lutut.

Konklusi

Ramai yang pergi ke gym dengan pengetahuan senaman yang kurang. Lantas, ramai yang tidak tahu cara untuk menggunakan mesin-mesin di gym.

Masalah lain pula adalah apabila seseorang yang datang ke gym dengan perasaan ego yang tinggi. Maksudnya, dia suka mengangkat beban yang tidak mampu dia angkat sebenarnya! Hal ini hanyalah mendorong kepada risiko kecederaan yang tinggi.

Kalau anda kurang pengalaman dalam gym, jangan segan untuk meminta pertolongan orang sekeliling untuk mengajar anda akan hal ehwal di dalam gym. Malah, jika anda mampu, dapatkan bantuan seorang jurulatih yang sah serta berkebolehan untuk mengajar anda.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: