KBS Patut Dipersalah

Siapa yang patut dipersalah dalam kes kemenangan Ziyad dibatalkan? Sepatutnya Kementerian Belia dan Sukan perlu tanggung kesalahan tersebut. Di mana pegawai KBS dan pengurus ketika itu? Adakah mereka tak buat kerja? Bagaimana kecuaian sebegitu boleh berlaku? Apa fungsi Datuk Seri Megat D Shahriman di sana sebagai ketua kontinjen Malaysia?
Sebagaimana maklum bahawa keputusan pertandingan Shot Put F 20 yang melibatkan atlit negara Mohd Ziyad Zolkifli yang telah beraksi cemerlang dengan dua kali memecahkan rekod dunia dan menduduki tempat pertama dengan lontaran 17.94 m telah dibatalkan oleh Pengadil Pertandingan ekoran dari kelewatan Ziyad dan dua atlit dari Ecuador dan Australia melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) sebelum acara dilangsungkan.