Shawn Rhoden Mati Nov08

Kongsi

Shawn Rhoden Mati

Shawn Rhoden, bekas Mr Olympia 2018 mati Sabtu lepas pada usia 46. Rhoden merupakan Mr Olympia tertua pernah memegang gelaran itu pada usia 43 tahun, 2018.

Shawn Rhoden dilaporkan berdepan masalah serangan jantung yang membawa kepada kematian beliau. Maklumat lanjut kematian beliau belum diperolehi. Rhoden bermula aktif dalam dunia bina badan pada tahun 1992 dan kemudian berdepan dengan beberapa siri kecederaan selepas bapanya meninggal dunia. Rhoden menjadi atlet Pro pada tahun 2010 dan mendapat tempat ke 11 Mr Olympia ketika itu.

Shawn Rhoden berkahwin dengan Michelle Sugar dan bercerai disebabkan isu peribadi. Dia didakwa atas dakwaan rogol dan deraan seksual pada tahun 2019. Rhoden di ban daripada pertandingan Mr Olympia kemudiannya.

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube