Pencegahan Stroke Haba dan Penyakit berkaitan Haba

Berita Harian melaporkan yang bilangan kes kesihatan akibat cuaca panas melampau di negara ini dijangka bertambah susulan peningkatan suhu berterusan sehingga bulan Ogos 2023. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Suani melaporkan yang sebanyak 14 kes direkodkan di seluruh negara. Artikel kali ini berfokus kepada cara-cara yang dapat kita lakukan untuk mencegah stroke haba atau penyakit yang boleh disebabkan oleh cuara kemarau yang melanda tanah air.

 

Salah satu langkah yang boleh kita ambil adalah dengan menggunakan pakaian yang ringan, longgar dan berwana cerah kerana warna yang cerah dapat memantul haba daripada cahata matahari yang terik. Rakyat juga disarankan untuk mencegah daripada melakukan aktiviti di luar pada jangka waktu yang lama. Berusaha untuk berada di tempat yang berhawa dingin sebanyak yang mungkin. Jika rumah anda tidak mempunyai penghawa dingin, pergi ke pusat beli-belah atau perpustakaan awam kerana penghawa dingin boleh membantu badan anda kekal sejuk apabila anda kembali melakukan activiti di luar. Mandi dengan air yang bersuhu normal juga boleh mambantu dalam pencegahan stoke haba. (1)

 

Kurangkan senaman luar sewaktu cuaca panas. Jika anda tidak biasa bekerja atau bersenam dalam persekitaran yang panas, mulakan perlahan-lahan dan tingkatkan rentak secara beransur-ansur. Jika melakukan senaman dalam keadaan panas membuatkan jantung berdebar-debar dan menyebabkan anda tercungap-cungap, hentikan semua aktiviti. Masuk ke kawasan yang sejuk atau ke tempat yang teduh dan berehat, terutamanya jika anda menjadi rasa pening, keliru, lemah atau rasa seperti ingin pengsan.(2)

Kursus Kecergasan 2024

 

Anda juga boleh menggunakan sunscreen sebelum melakukan senaman di luar. Selaran matahari atau lebih dikenali sebagai sunburn menjejaskan keupayaan badan anda untuk menyejukkan badan dan boleh menyebabkan anda dehidrasi. Jika anda harus keluar, lindungi diri anda daripada matahari dengan memakai topi, cermin mata hitam dan dengan memakai pelindung matahari SPF 15. Salah satu tips adalah untuk membeli pelindung matahari atau sunscreen yang tertera “spektrum luas” atau “perlindungan UVA/UVB” pada labelnya. (2)

 

Tahukan anda yang kenderaan boleh menjadi panas dengan cepat pada suhu yang berbahaya, walaupun dengan tingkap yang terbuka. Sesiapa yang tertinggal di dalam kereta yang diletakkan dibawah sinaran matahari yang terik sangat berisiko terutamanya bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak berisiko mendapat strok haba yang boleh mengakibatkan maut. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam kenderaan, walaupun tingkap kenderaan terbuka.

 

Minum lebih banyak cecair, tidak kira betapa aktifnya anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga untuk minum. Namun sesiapa yang mempunyai penyakit jantung atau buah pinggang dimana anda dihadkan pengambilan air anda harus mengikut arahan dokter yang merawat anda. Jika doktor anda mengehadkan jumlah yang anda minum atau minum pil air, tanyakan berapa banyak yang perlu anda minum semasa cuaca panas. Jauhi minuman yang sangat manis atau beralkohol kerana ia menyebabkan anda kehilangan lebih banyak cecair badan. Peluh mengeluarkan garam dan mineral dari badan yang perlu diganti. Minuman sukan boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang dalam peluh. Jika anda mengamalkan diet rendah garam, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, atau penyakit kronik yang lain, berbincang dengan doktor anda sebelum meminum minuman sukan atau mengambil tablet garam.(3)

 

Akhirnya, langkah yang sangat penting adalah untuk menjadi lebih peka terhadap berita cuaca. Semak berita tempatan anda dengan mengunakan smart phone untuk makluman haba melampau dan petua keselamatan.

 

Bukan itu sahaja, rakyat awam juga harus mangetahui gejala-gejala stoke haba atau penyakit yang berkaitan dengan haba. Gunakan sistem Buddy. Apabila anda bekerja dalam cuaca panas, pantau keadaan rakan sekerja anda dan minta rakan anda untuk melakukan perkara yang sama untuk anda. Penyakit yang disebabkan oleh haba boleh menyebabkan seseorang menjadi keliru atau tidak sedarkan diri. Jika anda berumur 65 tahun ke atas (warga emas), hubungi rakan atau saudara untuk memeriksa anda dua kali sehari semasa gelombang panas. Jika anda mengenali seseorang dalam kumpulan warga emas, periksa mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari.(1)

 

Kita juga harus pantau individu-individu yang berisiko tinggi. Walaupun sesiapa sahaja yang boleh mengalami penyakit berkaitan haba namun sesetengah individu berisiko lebih besar daripada yang lain. Antara individu yang berisiko tinggi adalah: –

  • bayi atau kanak-kanak
  • individu yang berumur 65 tahun ke atas (warga emas)
  • individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • individu yang sering bekerja atau bersenam di kawasan luar (outdoor)
  • individu yang sakit secara fizikal, terutamanya dengan penyakit jantung atau tekanan darah tinggi, atau yang mengambil ubat tertentu, seperti untuk kemurungan, insomnia atau peredaran yang lemah

 

 

  1. Lewis AMJATAJoN. Heatstroke in older adults: in this population it’s a short step from heat exhaustion. 2007;107(6):52-6.
  2. Batscha CLJJopn, services mh. Heat stroke: Keeping your clients cool in the summer. SLACK Incorporated Thorofare, NJ; 1997. p. 12-7.
  3. Yeo TPJAACC. Heat stroke: a comprehensive review. 2004;15(2):280-93.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: