Kecederaan Tendon Achilles

Kecederaan tendon achilles boleh terjadi pada sesiapa, tak semestinya seorang atlet. Tendon achilles adalah tendon paling besar di badan kita. Ia daripada otot betis ke tulang tumit kaki. Anda boleh rasa dia dengan tangan, di atas tumit. Tengok gambarajah di bawah;

Kecederaan boleh jadi pada seorang atlet yang mana sukannya memerlukan dia untuk berlari cepat dan berhenti mengejut seperti larian, gimnastik, menari, bola sepak, tenis dan sebagainya. Mereka di atas usia 30 tahun lebih cenderung mendapat kecederaan ini.

Kecederaan juga boleh berlaku apabila pakai kasut tumit tinggi, anda ada masalah tapak kaki rata, otot betis terlalu ketat, anda ambil ubat glucocorticoid atau antibiotik yang dipanggil fluoroquinolones.

Simptomnya mestilah rasa sakit di atas tumit. Jika tendon koyak, sakit menjadi semakin teruk, bengkak, dan keras. Kebiasaan jika koyak, ada bunyi pop atau snap. Anda juga mungkin hadapi masalah untuk gerakkan ibu jari.Kursus Kecergasan 2021

Jika terjadi kecederaan di tendon achilles, apa anda perlu buat? Pertama, cuba doktor. Doktor akan buat ujian fizikal untuk tengok tahap kecederaan. Dia aan buat ujian calf squeeze. Anda akan duduk di kerusi atau baring di katil. Kaki yang sihat, apabila betis dipicit, tapak kaki akan bergerak. Jika koyak, ia tidak bergerak.

Jika kes tidak teruk, apa anda perlu buat? Rehatkan kaki anda. Lebih baik bertongkat sementara untuk elak kaki tersebut bekerja. Letak ais sekitar 20 minit jika perlu. Buat rawatan yang dipanggil RICE iaitu rest, ice, compression, elevate. Ambil ubat tahan sakit anti-inflammatory bukan steroid seperti ibuprofen dan naproxen. Ambil atas nasihat doktor.

Jika tak menggunakan tongkat, cari kasut yang tapaknya tinggi, atau masukkan sesuatu dalam kasut di bahagian tumit supaya tinggi. Jumpa jurulatih bertauliah untuk ajar senaman yang perlu untuk kuatkan kembali otot terlibat.

Berapa lama nak pulih? Bergantung pada tahap kecederaan. Ada yang 3 bulan, ada 6 bulan, ada yang bertahun. Adakah anda boleh kembali ke aktiviti sebelum ini? Boleh, dengan syarat anda boleh gerakkan kaki tanpa sebarang kesakitan. Boleh lari, lompat dan sebagainya tanpa sakit.

Jika kes teruk, ada kemungkinan memerlukan pembedahan sebagai contoh, kes tendon itu dah putus.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Kecederaan Tendon Achilles

  1. Saya baru mengalami masalah ni kira2 2 minggu lepas.. Ia sakit apabila saya berlari memakai kasut bola atau kasut sukan.. Jika berkaki ayam saya tiada masalah utk berlari..agaknya berapa lama decovery time utk kecederaan saya ni?

    1. biasa ambil masa juga utk recover. tgk kes. kekadang 3 bulan. kekadang sekejap je

  2. Saya mengalami kecederaan terpotong di belakang buku lali.. Selepas sbulan di jahit oleh doktor di klinik… Tumit saya masih lg terasa sakit bila berjalan atau berdiri.. Sebab apa ya

    1. Zaki Khan says:

      dah buat regangan?

  3. Sy baru buat pmbedahan achilles tendon putus..brp lame boleh pulih..wajib kena pakai kasut robot tu ke???

  4. Salam tuan.sy baru kene achilles tendon.sy ke pakar dia ckp putus tuan.dia terus nk operate,tp sy xbersedia utk dioperate tuan.tp doc hanya ckp operate sj.ade ke cara lain utk recovery atau klu sy xoperate ape risiko atau tempoh utk baik tuan.makluman sy masih boleh menggerakkan pergelangan kaki dan boleh berjalan tetapi terhincut

    1. wslm. lebih baik ikut saranan doctor. kalau putus di situ, kita paksa berjalan, makin lama makin teruk nanti.

  5. saya pelajar umur 17 tahun saya sedang training bola jaring utk turunkan berat badan (85kg,158cm) dan terjatuh..3 kali x ray tapi tiada patah..sakit bahagian tendon..ada cara utk baik pulih selain operation ? Adakah saya takboleh berjalan pada masa akan datang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: