7 Kecederaan di Gim

Entri sebelum ini fokus pada pelari, tapi bagaimana pula dengan mereka yang bersenam di gim? Di sini saya senaraikan 7 kecederaan biasa berlari di gim.
1. Disc Herniation – Masalah berkaitan dengan disc biasa disebut slip disc oleh kebanyakan orang. Tapi ingat, bukan semua adalah slip disc. Scan boleh mempamerkan masalah disc disebabkan masalah otot yang ketat. Masalah berkenaan disc biasa disebabkan kesilapan dalam pergerakan mekanik melibatkan vertebra. Simptom boleh jadi di beberapa tempat, atau bertumpu pada 1 tempat. Sakit di bahagian cedera, boleh bergerak ke kaki jika melibatkan bahagian bawah.
Masalah degenerative disc biasa dipriskripsi doktor sebagai guna secara berlebihan dan koyak pada spine.
2. IT Band Syndrome – Sama seperti pelari sebelum ini. Tekanan pada IT Band boleh dikurangkan apabila anda atur ibu jari dan lutut pada kedudukan natural badan anda. Ada yang buat squat ibu jari diluruskan ke hadapan. Ada yang kayuh basikal dengan kedudukan lutut ke dalam. Pelbagai posisi latihan boleh jadi penyebab. Cuba kuatkan otot glute anda.
3. Achilles Tendonitis – Sama juga sebenar pelari dalam entri sebelum ini. Antara kaedah mengesan seorang dengan masalah tendon achilles yang ketat adalah apabila squat, dia cenderung untuk jatuh.
4. SLAP Tear – SLAP adalah singkatan Superior Labrum Anterior and Posterior. Ia di bahagian bahu anda. Kecederaan ini biasa disebabkan pergerakan berulang seperti membaling dan senaman overhead. Jika anda tak boleh angkat tangan tanpa rasa sakit, jumpa pakar berdekatan. Koyak bahagian ini ada masanya boleh baik dengan rehat, tapi ada kes perlu rehab atau pembedahan.
5. Tennis Elbow (Lateral Elbow Tendonitis) – Masalah disebabkan terlalu kuat menggenggam. Rasa sakit di bahagian luar siku. Ada juga kes yang sakit ketika buat bench press.
6. Kecederaan Hamstring – Kebanyakan kecederaan hamstring berlaku disebaban ratio kekuatan antara quadricep dengan hamstring tak kena. Rationya sepatutnya diukur dengan senaman leg extension dan leg curl, dimana nisbah kekuatan 3 kepada 2. Panaskan badan secukupnya sebelum memulakan latihan melibatkan otot hamstring.
7. Patellar Tendonitis – Sakit di lutut adalah sakit yang biasa pada seorang atlet dalam mana-mana sukan. Sakit ini betul-betul di bawah tempurung lutut.
InsyAllah saya cuba masukkan maklumat lebih lanjut berkenaan kecederaan secara spesifik dalam entri lain.