Kelas Kalori: Jus Salari+Epal+Lobak

Kursus Kecergasan 2024

Bahan-bahan

Salari
Lobak Merah
Epal Hijau

Cara-cara

Blend semua bahan dengan air sejuk dan tapis

Kebaikan

Menurunkan tekanan darah

Tambahan

Tambahkan 5g creatine monohydrate selepas latihan untuk kesan maksima

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

16 thoughts on “Kelas Kalori: Jus Salari+Epal+Lobak

  1. nak minum waktu bila nie dato?
    lpas workout ker?

  2. seekor ikan kembung ada berapa gram protein?

    1. kalau size purata (tidak terlalu besar tidak terlalu kecik), sekitar 20g.

      1. biar betul…kalau macam tu…ikan kembung protein lbh bnyk dari ayam la?2ekor ikan kembung sama dgn dada ayam…wah…….untung bnyk tu…

        1. tgk saiz. ikan kembong ni byk size. yg biasa kat kedai makan tu kecik2. 😀

  3. sebut pasal creatin dato, kalau nak guna ada cycle x?

    1. kalau ikutkan. ada cara loading. yg mana biasanya seminggu loading phase. tp kekadang loading phase pun x brapa effectif. cuma ada beberapa percent yg rasa kelainannya. saya sendiri x guna loading phase tu, pasal rasa sama je. :D. cycle, bukan nak kata cycle. tp kalau dah guna sekitar 3 bulan camtu, rehat la kejap. sebulan ke

  4. air ni elok untuk ape ye dato’…?

    1. baik utk turunkan tekanan darah. yg extra tu saya campur creatine, utk tambah strength n give muscle fullness pasal kesan tarik air tu.

  5. zac makio says:

    kenapa sy buat cm warne carrot..tp dato buat warner putih..?

  6. Creatin tu ape? Nk dpt kat mna..

    1. creatine tu supplement. ada dijual di kedai makanan tambahan. atau boleh hubungi isa di talian 012-7707 360

      1. creatine tu bukan bahan yg boleh timbulkan side effect pada buah pinggang ke dato?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: